Petua PemakananSihat

5 Jenis Makanan Mampu Kuatkan Janin

pemakanan ibu hamil - women online magazine (1)

Jika anda bakal bergelar seorang ibu, wajib anda menjaga kandungan serta mengatur pola pemakanan.

Banyak perkara yang boleh anda lakukan dalam menjaga kehamilan. Bukan setakat bersenam dalam menjaga tubuh agar tetap berstamina dan tidak lemah, soal pemakanan juga anda perlu ambil kira. Ini adalah kerana sepanjang tempoh kehamilan, keadaan janin dan anda  akan ditentukan oleh pemakanan yang diambil. Pemakanan ibu hamil sebaiknya kaya dengan protein, rendah lemak dan mempunyai vitamin yang mencukupi.

Satu hal penting yang perlu anda ketahui adalah makanan untuk menguatkan janin. Jom semak jenis-jenis makanan yang mampu menguatkan janin dalam kandungan.

1. Telur

Telur sememangnya sangat kaya dengan protein maka telur juga merupakan makanan yang baik untuk menguatkan janin dalam kandungan.

2. Kacang soya

Kacang soya merupakan salah satu makanan penguat kandungan yang sangat rendah lemak, namun memiliki kandungan protein yang cukup tinggi, sehingga dapat di manfaatkan sebagai makanan penguat kandungan. Kacang ini juga memiliki saponin, asam phytc dan isoflavon yang tinggi yang sangat baik bagi perkembangan janin dalam kandungan. Kandungan gizi dalam kacang soya dikatakan juga mampu mencegah penyakit jantung,kanser dan  osteoporosis.

3. Tauhu

Penghasilan tauhu adalah daripada kacang soya,maka anda jangan ragu untuk mengambil tauhu kerana kandungan proteinnya yang tinggi dan nutrisinya sangat baik untuk tumbesaran janin dalam kandungan.

4. Yogurt

Bagi ibu mengandung,anda disarankan untuk membanyakkan makan yogurt kerana kandungan kalsium dalam yogurt yang tinggi itu bagus untuk kesihatan janin anda.

5. Ikan Segar dan Udang

Ikan mengandungi protein dan Omega 3 yang baik bagi otak, serta sebagai vitamin untuk menguatkan janin dalam kandungan. Hampir sama dengan ikan segar, udang juga memiliki protein dan kalsium yang tinggi,dan nutrisi lain di mana ia baik bagi tumbesaran kesihatan janin kandungan ibu yang sedang hamil.

Kredit foto: yasudahlah

<< Ketahui cara terbaik untuk mengempiskan perut selepas bersalin di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Tips Mudah Jaga Kesihatan Vagina Ketika Anda “Datang Bulan”

Next post

Tips Membentuk Punggung Mantap Ala Bentuk Gitar

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. October 8, 2015 at 2:20 pm — Reply

    perkongsian yang sangat baik..terima kasih

    • October 9, 2015 at 12:39 pm — Reply

      terima kasih dan terus setia membaca WOM.my

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *