CantikRambut

Harus Cuba! Tips Paling Simple Untuk Penjagaan Rambut Kering

Penjagaan Rambut - Women Online Magazine

Foto: bostonmagazine

Tidak semua orang memiliki rambut yang sihat. Bahkan ramai juga di antara kita yang mempunyai rambut kering dan mudah rosak. Jika ia dibiarkan berterusan, lama kelamaan tidak mustahil boleh menyebabkan kebotakan!

Sinaran matahari, kadar pencemaran udara yang tinggi, efek daripada alat pengering atau pengulung rambut, teknik pelurusan dan pengeritingan juga adalah beberapa faktor penyebab rambut menjadi kering dan mudah rosak.Oleh sebab itu, bagi anda yang memiliki masalah rambut rosak dan kering, cepat-cepatlah memberikan penjagaan ekstra pada  rambut anda.

Ayuh, kembalikan kelembapan semulajadi rambut dengan langkah penjagaan rambut seperti berikut:

  1. Berikan Rambut Nutrisi

Menurut penulis buku kecantikan, Paula Begoun,  ‘Don't Go Shopping For Hair-Care Products Without Me’, memakai pelembab rambut tanpa dibilas (leave-in conditioner) memang okay, kerana produk ini memberikan nutrisi pada rambut kering. Tetapi, ia membuatkan rambut tidak kelihatan semulajadi.

Cara mengatasinya: Gunakan serum yang mengandungi silikon dan aplikasikan hanya pada hujung-hujung rambut sahaja.

  1. Pemilihan Syampu

Hindari syampu  yang sekaligus mengandungi pelembab atau perapi (sering disebut ‘ two-in-one’), kerana produk ini tidak akan memberikan nutrisi lengkap pada rambut kering. Sebaiknya, gunakan syampu dan perapi secara berasingan yang diformulasikan untuk rambut kering.

Untuk penjagaan rambut kering, anda disarankan menggunakan syampu dengan pH antara 4,5-7 untuk menyeimbangkan kadar asid semulajadi rambut. Syampu dengan tahap pH  di atas 7 atau di bawah 2 boleh merosakkan struktur rambut dan membuatkannya menjadi semakin kering.

Jika rambut kering, namun kulit kepala berminyak, anda boleh mengatasinya dengan menggunting hujung-hujung rambut. Basuhlah rambut dengan syampu yang tidak mengandungi perapi, serta fokuskan pada kulit kepala. Gunakan perapi secara berasingan setiapkali selepas mencuci rambut dan  aplikasikan hanya pada hujung-hujung rambut.

Gunakan produk yang mengandung ekstrak avokado. Kandungan pelembab semulajadinya yang tinggi akan meningkatkan kelembapan dan elastik rambut.

  1. Kurangkan Penggunaan Alat Pengering Rambut

Cuba kurangkan penggunaan alat-alat pengering, pengeriting, atau pelurus rambut. Jika anda harus menggunakannya, anda disarankan untuk menyapu  serum rambut (terutama pada hujung rambut) dan biarkan selama 15 minit. Serum berguna melindungi rambut sekaligus mencegah kekeringan dan membuat rambut tidak ‘kejung’ serta lebih bersinar.

Info Ekstra!

  • Sapukan pelembab wajah yang diperbuat daripada bahan asas air (water based solution) pada kulit kepala yang kering di malam hari, kemudian basuhlah pada pagi harinya. Langkah ini sangat bermanfaat untuk meningkatkan kelembapan semulajadi kulit kepala.
  • Rambut rosak dan kering disebabkan kurangnya nutrisi yang diserap oleh pangkal rambut. Untuk mengatasinya, anda boleh gunakan lidah buaya. Caranya mudah sahaja, kupas lidah buaya. Ambil gel lidah buaya tersebut dan sapukan pada pangkal rambut. Lebih bagus lagi, jika disapukan pada kesemua bahagian rambut. Biarkan 30 minit, setelah itu bilaslah dengan air.
  • Minyak zaitun juga termasuk dalam penjagaan untuk merawat rambut kering. Caranya penggunaannya senang sahaja, sapukan minyak zaitun pada rambut dan biarkan selama beberapa minit kemudian barulah dibilas dengan air.

<< Ketahui cara menjaga rambut buat anda yang berhijab di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Pisang Kaki Punya Sejuta Khasiat!

Next post

Mencari Mr. Perfect 10? Baca Di sini...

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *