Petua PemakananSihat

Mayonis, Penuh Kebaikan Untuk Kecantikan Rambut & Kulit

Mayonis - Women Online Magazine

Pasti ramai yang tahu apa itu mayonis. Selain sering menjadi pelengkap makanan seperti salad, mayonis juga boleh digunakan untuk campuran masakan dan bahan untuk kuih-muih ataupun biskut.

Ternyata penggunaan mayonis cukup bermakna di dapur! Mayonis diperbuat menggunakan kuning telur yang dipukul dengan minyak. Kemudian ditambah pula dengan bahan-bahan lain seperti air perahan jus lemon ataupun herba lain. Biarpun mayonis mungkin dianggap tidak sihat kerana kandungan lemaknya yang tinggi, tetapi kadar proteinnya yang banyak sangat berguna untuk kecantikan rambut dan kulit.

Diambil daripada sumber Medicaldaily, berikut adalah manfaat mayonis untuk kecantikan kita.

  • Melembutkan Kutikel Kering

Mayonis boleh digunakan untuk kuku hingga ke seluruh tangan. Kemudian bungkus dalam kain cotton atau gunakan sarung tangan cotton. Urut-urut sedikit. Ini membantu menguatkan kuku anda.

Rambut memerlukan protein untuk tumbuh dengan sihat. Gunakan mayonis sebagai masker rambut atau tambahkan nutrisi di dalamnya. Gunakan secukupnya sahaja, sapu dari akar hingga ke hujung rambut. Kemudian barikan selama satu jam. Setelah itu, cuci rambut seperti biasa. Lakukan seminggu sekali dan ia membantu mengembalikan kelembaban rambut yang rosak, terutama jika anda terdedah kepada cahaya matahari di tepi kolam renang atau pantai.

Sebahagian daripada kita lebih suka berkaki ayam atau hanya memakai sandal ketika di tepi pantai. Ini menyebabkan kulit mati dan membentuk kulit kasar pada kaki. Untuk itu, sapukan mayonis pada seluruh kaki, kemudian gunakan stoking daripada material cotton, dan masukkan kedua belah kaki anda dalam karung plastic. Dengan cara ini mayonis tidak akan terkeluar dan mengotori lantai.

Apapun yang berbahan cuka boleh membantu membunuh kutu kepala, begitu jugalah dengan mayonis. Sapukan mayonis ke kulit kepala. Anda tidak hanya membantu membunuh kutu rambut, tetapi juga melembutkan rambut. Mayonis seolah-olah menjadi perapi rambut.

Bagi yang ingin berjimat, anda boleh cerahkan kulit dengan masker mayonis. Masker mayonis akan membantu pengelupasan sel kulit mati sehingga kulit akan kelihatan sihat bersinar. Campurkan ½ sudu makan madu asli ke dalam mayonis. Kemudian masukan 1 sudu makan perahan lemon, dan kacau sebati bersama mayonis dan madu. Lemon juga terkenal dengan khasiatnya, perawatan sempurna untuk kulit kombinasi (kering sekaligus berminyak), kerana boleh mengecilkan ukuran pori-pori pada kulit wajah. Setelah ketiga-tiga bahan itu berbaur sebati, sapukanlah pada kulit wajah anda. Biarkan selama 20-25 minit, kemudian basuh dan bilas sebersihnya dengan air suam.

Kredit foto: buonissimo.org

<< Ketahui kebaikan air laut untuk kecantikan kulit anda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ella Kembali Melepas Rindu Dengan Album #THROWBACK

Next post

Nak Kulit Cantik, Bersih & Bebas Daki? Wajib Scrub Badan!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *