CantikRambut

5 Cara Berkesan Atasi Masalah Kulit Kepala Kering & Gatal

Kulit kepala Kering - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: mamashealth

Kulit Kepala Kering. Kulit kepala boleh membuatkan sesiapa sahaja berasa tidak selesa. Ada beberapa punca yang menyebabkan kulit kepala menjadi kering dan gatal, terutama kelemumur.

Faktor lain adalah disebabkan dermatitis, psoriasis, kulit kering, kulit kepala mengelupas dan infeksi kulat pada kulit kepala.  Namun, ada beberapa cara yang boleh merawat kulit kepala kering sekaligus mengatasi masalah kulit kepala yang gatal.

Biasanya kulit kepala kering boleh dilihat apabila muncul serpihan kulit kecil-kecil dari kulit kepala akibat dehidrasi, penggunaan syampu dan perapi yang tidak berkualiti yang membuatkannya mengikis minyak semulajadi rambut, terlalu kerap mencuci rambut, membilasnya dengan air panas atau perubaha cuaca yang tak menentu.

 

Baca juga: Punca Rambut Beruban

 

Cara untuk menangani Kulit Kepala Kering:

1. Jangan Malas Minum Banyak Air

Anda yang lebih banyak menghabiskan waktu di luar rumah, perlu banyak minum air agar tetap terjaga kelembapan kulit kepala. Ketika anda terhidrasi dengan baik, sudah pasti seluruh tubuh akan berfungsi dengan lebih baik pula dengan mengaktifkan sel-sel baru, termasuk pada rambut dan kulit kepala.

 

2. Bertukar Syampu & Perapi Yang Berkualiti

Kebanyakan syampu mengandungi zat-zat pembersih yang bersifat keras yang boleh menyebabkan kulit kepala kehilangan minyak semulajadi rambut.  Pastikan anda memilih syampu dan juga perapi yang sesuai dengan jenis rambut anda.Sebaiknya gunakan syampu dan perapi yang mengandungi  minyak Tea Tree yang besifat anti-bakteria dan anti-kulat sehingga cukup efektif untuk melawan kelemumur akibat infeksi.

 

3. Kurangkan Penggunaan Produk Styling

Nenggunakan produk kimia terutama yang berminyak atau mengandungi lilin  yang terlalu kerap hanya akan mengundang kemunculan kelemumur dan masalah kulit kepala yang lain. Jadi, bataskan penggunaannya.

 

 

Baca Juga: Kulit Kepala Gatal

 

4. Jangan Digaru

Menggaru boleh merosakkan sel kulit kepala, sehingga mudah terkena infeksi. Kerosakan extreme pada kulit kepala dan folikel dapat menyebabkan kerosakan rambut yang mungkin kekal.

 

Wajib Cuba!

5 Ubat Paling Mujarab Untuk Mengatasi Masalah Kulit Kepala Kering & Gatal

Cuka Epal

Cuka epal mempunyai sifat anti-inflamasi yang kuat, serta dapat membunuh virus dan kulat. Campurkan cuka apel dan air. Kemudian sapukan pada kulit kepala. Biarkan setengah jam, setelah itu bilas dengan air bersih.

 

Madu & Pisang

Masker ini dapat membantu mengurangkan kulit kepala yang mengelupas, kelemumur dan peradangan lainnya yang terjadi di kulit kepala. Madu merupakan pelembab semulajadi dan juga memiliki sifat antibiotik.Hancurkan sebiji pisang masak dan tambahkan beberapa titis madu. Buatlah pasta dari campuran tersebut. Sapukan masker ke seluruh kulit kepala dan biarkan selama dua puluh minit. Kemudian, basuh dan bilas sehingga bersih.

 

Lemon

Lemon mampu mengatasi masalah kulit kepala kering dan gatal. Perah lemon dan sapukan airnya  secara merata pada kulit kepala. Biarkan selama beberapa minit dan kemudian bilas bersih.

 

Tea Tree Oil

Tea Tree Oil adalah bahan yang sangat bermanfaat untuk rambut. Tea Tree Oil memiliki sifat anti-inflamasi dan anti-bakteria.Dengan menyapu Tea Tree Oil secara teratur pada kulit kepala, anda boleh mengatasi masalah kulit kepala kering dan gatal.Ini dapat membantu untuk meringankan gatal di kulit kepala.

 

Baking Soda & Air

Ini adalah ubat terbaik untuk kulit kepala yang kering dan gatal. Buatlah campuran dari baking soda dan air, kemudian sapukan pada kulit kepala yang kering dan gatal. Biarkan selama 15 minit dan bilas sampai bersih.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya

<< Cara mengatasi dan merawat rambut berbuah di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Mesti Cuba!Resepi Ikan Siakap Masam Manis

Next post

10 Tips Langsing Tanpa Diet Ekstrem

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *