CantikRambut

5 Cara Mengatasi Masalah Rambut Kusut

Rambut Kusut - woman online magazine

Kredit : instabeat

Rambut Kusut.Tentu ada di antara kita yang berhadapan dengan masalah yang satu ini.

Kalau boleh, sudah pasti anda ingin memiliki rambut lembut sepanjang hari, kan?Rambut kusut bukan sahaja menyakitkan mata, bahkan sering menyakitkan kulit kepala. Apatah lagi jika dipaksa atau direntap untuk memperbaiki rambut kusut tersebut. Silap hari bulan rambut boleh putus!

 

Berikut beberapa cara yang boleh anda cuba untuk mengatasi masalah rambut kusut ini.

 

  1. Pakai Perapi

Kekusutan yang teruk pada rambut boleh juga disebabkan oleh keadaan rambut yang terlalu kering. Untuk mengatasi masalah ini semburkan perapi jenis semburan. Perapi atau conditioner ini mempunyai efek pelembab semulajadi yang berguna untuk mengurangkan rambut kusut.

 

  1. Elakkan Menggosok Rambut Dengan Tuala

Menggosok rambut dengan tuala dengan terlalu kasar juga boleh menyebabkan rambut menjadi kusut. Sebaliknya anda disarankan setelah membasuh rambut, tekan-tekan rambut untuk memerah kelebihan air. Setelah itu, bungkus tuala di kepala seperti memakai serban untuk menyerap air yang masih tersisa.

 

  1. Guna Spray Anti Kusut

Memaksa untuk terus menyikat rambut yang kusut memang menyakitkan. Di samping itu, rambut juga berpotensi menjadi rosak. Cara terbaik, sembur spray anti kusut (detangling spray) sebelum anda menyikat rambut. Spray ini bertindak sebagai pelembut rambut yang akan membantu anda memperbaiki rambut kusut dengan lebih mudah.

 

  1. Pakai Baby Oil

Anda boleh atasi rambut kusut dengan penggunaan baby oil yang telah dicampur dengan perapi. Kemudian, aplikasikan pada rambut yang kusut. Gunakan sikat bergigi lebar untuk menyikat rambut dengan lembut. Setelah itu cuci rambut dan biarkan sehingga kering.

 

  1. Teknik Deep Conditioning

Sebelum tidur, cubalah cuci rambut dengan syampu dan kemudian pakailah perapi. Setelah itu, ambil sikat bergigi lebar dan sikat rambut anda dengan perlahan-lahan. Tutup rambut dengan shower cap dan biarkan semalaman.Pada keesokan pagi, bilas dengan menggunakan air sejuk dan sikatlah rambut anda.

<< Ketahui tips kecantikan rambut buat anda yang memakai hijab di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kenali Kanser Serviks Dengan Lebih Mendalam

Next post

Ketahui 6 Punca Bayi Susah Tidur Malam

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *