CantikSolekan

Tips Pilih Alas Bedak Yang Tepat Supaya Wajah Nampak Gebu

Alas Bedak - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: bathandbeautycenter

Alas Bedak. Rahsia kesempurnaan dalam solekan adalah penggunaan alas bedak. Jika sapuan alas bedak tidak teliti hasilnya akan bercapuk atau kelihatan seperti topeng.

Sebelum memilih alas bedak, anda perlu pastikan tekstur dan warnanya sesuai untuk jenis kulit anda agar kelihatan asli dan tahan lama.Untuk menghasilkan solekan wajah yang sempurna, anda sangat disarankan memakai alas bedak kerana alas bedak mempunyai banyak kegunaan dan kelebihan yang memberi manfaat untuk penggunanya.

Kegunaan Alas Bedak

1.Meratakan warna kulit

Warna kulit di sekitar wajah sering kali tidak rata dan alas bedak akan memainkan peranan penting untuk menampung kekurangan tersebut.

 

2. Menutupi kekurangan yang ada di wajah

Bekas jerawat menimbulkan kesan wajah yang kotor dan menampakkan liang yang besar. Ia akan menyebabkan wajah berminyak dan juga mengakibatkan kulit wajah kelihatan tidak halus. Dengan penggunaan alas bedak, ia membantu anda melindungi kekurangan itu.

 

Baca Juga: Punca Sebenar Muka Berminyak

 

3. Membuat tekstur wajah lebih halus

Dengan pemilihan warna alas bedak yang tepat dapat memberikan kesan natural dan rona wajah menjadi lebih cerah. Apabila digunakan pada wajah yang kusam dan lelah, alas bedak akan menutupi bayangan gelap sehingga tercipta kesan segar dan menarik.

 

Jenis-Jenis Alas Bedak

  • Alas Bedak Cecair

Jenis yang paling banyak digunakan kerana merupakan alas bedak yang paling ringan dan boleh digunakan untuk jenis kulit berminyak kerana tidak terlalu menutup liang. Biasanya, ia disapu pada wajah dengan menggunakan span yang dibasahkan atau dengan hujung jari. Ramai yang memilih untuk menggunakan jari, kerana selain lebih praktikal, ia juga lebih semula jadi kerana jari memudahkan alas bedak lebih rata pada kulit.

 

  • Alas Bedak Krim

Alas bedak ini biasanya digunakan oleh mak andam untuk solekan artis dan pengantin. Ia juga sesuai digunakan oleh semua orang dan mudah dibawa kemana-mana.

 

  • Alas Bedak Compact

Alas bedak jenis ini menutup liang wajah paling tebal berbanding jenis yang lain. Umumnya ia digunakan dengan menggunakan span basah. Jika menggunakan span kering maka hasilnya akan seperti jika menggunakan bedak biasa. Biasanya digunakan pada acara-acara istimewa di malam hari.

 

Baca Juga: Kening Tebal Yang Cantik

 

  • Alas Bedak Stick

Alas bedak stick ini memang lebih praktikal untuk digunakan. Alas bedak stick ini mampu untuk menutup liang wajah lebih tebal berbanding jenis cecair. Selain itu, alas bedak jenis ini umumnya juga mampu berfungsi sebagai concealer.

 

Tips Pemilihan Warna Alas Bedak

  • Ketika hendak membeli, jangan memilih warna alas bedak berdasarkan warna yang ada pada kemasannya, tetapi pilih berdasarkan kesesuaiannya dengan warna kulit anda.
  • Pilih warna alas bedak yang rata dan sesuai dengan warna kulit kerana semakin hampir warnanya dengan warna kulit, semakin semulajadi hasil solekan anda.
  • Untuk kulit yang gelap, pasti akan mengalami kesusahan memilih alas bedak yang sesuai. Sebaiknya sesuaikan warna alas bedak sedekat mungkin dengan warna leher untuk hasil akhir yang semulajadi.
  • Jangan terlalu tebal menggunakan alas bedak. Kulit wajah yang benar-benar tertutup tanpa pori-pori akan memberikan kesan kaku. Oleskan alas bedak secukupnya sehingga pori-pori wajah masih nampak samar.

 

Tips Ekstra

  • Sebelum memakai alas bedak, pastikan wajah dalam keadaan bersih dari pelbagai jenis kotoran seperti minyak, debu atau sisa mekap sebelumnya. Hal ini penting kerana kotoran yang masih melekat pada wajah akan membuat mekap yang diaplikasikan tidak sempurna. Bersihkan kulit wajah dengan menggunakan facial foam dan kemudian gunakan penyegar untuk mereka yang berkulit normal dan kering. Khas untuk yang mempunyai wajah berminyak, gunakan facial foam khusus untuk wajah berminyak sehingga proses pembersihan menjadi lebih sempurna, selepas itu gunakan juga penyegar.

 

  • Selanjutnya letakkan ais batu pada wajah secara perlahan-lahan hingga rata. Hal ini khusus untuk mereka yang kulitnya berminyak kerana boleh membuat liang pori tertutup sehingga meminimakan minyak yang berlebihan.

 

  • Keringkan wajah dengan tuala lembut, lalu aplikasikan pelembab pada wajah dan leher dengan rata. Pilih pelembab sesuai dengan jenis kulit.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya!

<< Serlahkan kecantikan semulajadi anda dengan lipstik nude di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Mesti Baca! Bersauna Mampu Singkirkan Toksin Dalam Badan Anda

Next post

Bergaya Dengan Fesyen Baju T-shirt Murah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *