CantikSolekan

Cara Betul Memilih Bedak Asas

tip pemilihan bedak asas - women online magazine

Bedak Asas.Penggunaan bedak asas dapat membantu wanita menutupi kekurangan di wajahnya terutama apabila penggunaanya betul dan tepat.

Ia bagaikan “nadi’ di dalam memulakan solekan. Oleh sebab itu, pilih bedak asas yang paling serasi dengan warna kulit anda agar ia tidak nampak seperti tepung atau berbelak apabila disapu pada wajah. Ada beberapa perkara penting yang harus anda tahu ketika memilih bedak asas, antaranya:

 

1.    Calit Bedak Asas Pada Rahang

  • Kebanyakan individu akan mencuba bedak asas yang mahu dibeli dengan mencalitkan ia pada atas tangan. Jangan tertipu kerana kulit sebenarnya tidak sama dengan kulit wajah kamu.
  • Cara terbaik, calitkan bedak asas pada rahang wajah. Kemudian. lihat jika sesuai atau tidak dengan warna kulit kamu.

 

Baca Juga: Mengatasi Kulit Kusam

 

2.    Tentukan jenis kulit kamu

  • Lihat dan kenal pasti dahulu jenis kulit sebelum memilih mana-mana bedak asas.
  • Bagi kamu yang mempunyai kulit berminyak disarankan mengambil bedak asas yang bebas dari minyak.
  • Manakala bagi kulit kering sapuan bedak asas jenis krim lebih padan dan terbaik.

 

Baca Juga: Kepentingan Memakai Pelembab Muka

 

3.    Pakai Pelembap

  • Sebelum menggenakan bedak asas ke wajah mulus anda, seharusnya bersihkan wajah terlebih dahulu dengan pelembap .
  • Ia penting bagi memastikan sapuan menyerap terus dan menutup cela pada wajah anda.

 

4.    Ketahui Jenis Bedak Asas

  • Ingat! Pelbagai jenis bedak asas terdapat di pasaran, pilihlah bedak asas yang serasi dengan jenis kulit kamu.
  • Lazimnya, bedak asas yang berbentuk cecair, krim dan juga mousse sering digunakan. Pelajari cara penggunaan yang betul kerana setiap bedak asas adalah berbeza.

 

Baca Juga: Vitamin Untuk Kulit Kering

 

5.    Cipta Warna Bedak Asas Sendiri

  • Kamu tentunya pernah melihat juru solek professional mengadunkan beberapa warna bedak asas untuk disapu pada wajah model atau selebriti popular.
  • Ia sebenarnya adalah untuk mengimbang warna kulit bersama bedak
  • Campuran beberapa warna pastinya akan memberi hasil yang lebih sekata dan kena pada wajah seseorang.Anda juga boleh mencuba!!!

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang gemar bersolek.

<< Pasti anda berminat nak tahu berkaitan dengan solekan kening, baca di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

19 Rahsia Kehebatan Buah Manjakani

Next post

Cara Pakai Tudung Panjang ( Jenis Selendang)

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. February 22, 2017 at 11:15 pm — Reply

    Grade A stuff. I’m untqbsuionaely in your debt.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *