ModeStail

5 Shawl Labuh Pilihan Terbaik Buat Anda

Shawl Labuh - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: 1.bp.

Shawl Labuh. Ia merupakan sejenis tudung yang bersaiz besar.

Shawl labuh mempunyai potongan yang berbeza daripada tudung bawal. Ia juga mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk menutupi bahagian rambut dan leher wanita.

Kini terdapat pelbagai pilihan shawl labuh di pasaran seperti shawl labuh koshiba, shawl labuh chiffon, shawl labuh cotton, shawl labuh satin dan shwl labuh lycra untuk anda miliki.

 

Baca Juga: Cara Pakai Shawl Simple

 

Pemakaian shawl labuh kini semakin popular di kalangan wanita Islam di Malaysia. Ia merupakan pilihan yang paling sesuai untuk digayakan dengan stail lilitan tudung yang moden tetapi mengekalkan gaya sopan.

 

Jenis-jenis Shawl Labuh

1. Shawl Labuh Chiffon

Kain chiffon senang dibentuk dan memberi gaya tersendiri kepada si pemakai. Kain chiffon memberi keselesaan dan pengudaraan yang baik keada kulit kepala. Cara pemakaiaannya juga mudah dan pantas menyebabkan ia menjadi kegemaran para muslimah.

 

2. Shawl Labuh Lycra

Shawl labuh lycra terlebih dahulu muncul diawal perkenalan fesyen shawl labuh. Warna yang menarik dan jahitan “ulat” di tepi shawl pernah menjadi kegemaran para muslimah yang mementingkan gaya sopan tetapi cantik.

 

3. Shawl Labuh Satin

Shawl labuh satin ini direka dengan potongan curve pada hujungnya. Tidak jarang dan mudah dijaga sangat sesuai untuk muslimah. Lebih mudah dipakai bersama inner untuk kemasan yang lebih menarik.

 

Baca Juga: Shawl Murah

 

4. Shawl Labuh Koshiba

Material yang ringan tetapi tebal dan tidak jarang. Biarpun ia tebal tetapi ia sangat sesuai dipakai walaupun ketika cuaca panas. Shawl labuh koshiba ini mula mendapat tempat di hati pemakai kerana penjagaannya yang mudah dan mesra cucian mesin.

 

5. Shawl Labuh Cotton

Menggunakan material cotton yang lebih sejuk ketika cuaca panas. Tidak terhad kepada satu corak sahaja, shawl labuh cotton memiliki pelbagai corak dan padanan warna yang menarik. Pemakai akan merasa lebih selesa dan menarik.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya!

<< Ketahui keistimewaan tudung bawal satin di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Petanda Si Dia Mula Main Kayu Tiga!

Next post

9 Petua Semulajadi Paling Berkesan Untuk Atasi Rambut Gugur

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *