Tampil Lebih Elegan Dengan Tudung Bawal Satin
Kredit Foto: polyvore,cdn,lasplash,polyvore
Tudung Bawal Satin. Pada asalnya satin dibuat daripada sutera, tetapi pada masa kini ia juga dihasilkan daripada fabrik rayon, cotton, nilon dan polyester.
Satin boleh dibuat dari sebarang fiber atau kombinasi dari fiber-fiber yang lain.Penenunan kain satin memerlukan penjagaan yang rapi kerana begitu rumit dan komplek untuk mendapat ciri-ciri khas permukaan berkilat dan licin. Kebanyakan permukaan di sebelah dalam kain satin lebih kasar tetapi ada juga satin yang licin dan berkilat di kedua-dua belah permukaan.
Baca Juga: Tudung Turki
Tudung Bawal Satin
Tudung Bawal Satin semakin popular dan banyak dijual pada harga yang berpatutan. Para hijabster sangat menggemari tudung jenis ini kerana lebih menarik dan elegan. Bagi mereka yang belum pernah mencuba, apa kata jadikan tudung bawal satin sebagai gaya baru anda.
Tudung Bawal Satin banyak dicetak dalam pelbagai jenis. Antaranya Bawal Satin Plain, Bawal Satin Bercorak, Bawal Satin Bidang 45 dan ada juga yang labuh!Jadi, tiada alasan untuk anda tidak mencuba mengubah penampilan anda.
Tips Memakai Tudung Bawal Satin
- Jangan memakai terlalu banyak perhiasan ketika memakai Tudung Bawal Satin. Memakai satu perhiasan seperti ‘brooch’ atau aksesori di tudung sudah nampak cukup lengkap untuk bergaya.
- Tudung Bawal Satin kelihatan kemas jika digayakan dengan pelbagai style. Ia kurang sesuai digayakan dengan membiarkan tudung dibiarkan labuh begitu sahaja.
- Anak tudung memudahkan Tudung Bawal Satin terbentuk. Sesetengah Tudung Bawal Satin adalah licin dan anak tudung dapat membantu membentuk tudung dengan mudah.
Baca Juga: Tudung Chiffon
Tips Penjagaan Tudung Bawal Satin
- Cara Mencuci
Walaupun boleh menggunakan mesin basuh, tetapi basuhan tangan lebih selamat kerana mengguna mesin basuh boleh meregangkan kain tudung satin. Rendamkan tudung satin didalam air yang mempunyai detergen dan gosokkan dengan perlahan-lahan dan lembut lebih kurang ½ jam. Angkat dan lalukan di bawah air paip untuk membuang detergen pada tudung satin.
- Pengeringan
Letakkan tudung satin yang sudah dibasuh pada permukaan rata dan lapkan air yang belebihan dengan kain kering yang lembut. Letakkan sehingga kering.Pastikan anda setkan pada ‘low’ dan hanya gunakan seterika bila perlu sahaja. Adalah lebih baik untuk seterika kain satin ini di permukaan yang terbalik iaitu pada permukaan yang tak berkilat.
- Penyimpanan
Simpan di tempat yang kering dan tidak lembab. Jangan simpan di tempat yang panas dan terdedah kepada cahaya matahari.
Nota Kaki: Boleh SHARE artikel ini ya!
<< Ketahui tips memilih seluar legging yang sesuai dengan bentuk tubuh anda di sini.
No Comment