FesyenGaya HidupMode

8 Jenis Tudung Chiffon Paling Menarik

tudung chiffon - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Tudung Chiffon. Dengar sahaja tudung chiffon, pasti ramai yang teruja dengan tudung jenis ini. Apa yang menarik tentang tudung chiffon?

Tudung chiffon mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Jenis fabriknya yang sangat lembut membuatkan ramai yang tergila-gilakan tudung jenis ini. Tambahan pula tudung chiffon datang dengan banyak pilihan warna, dan corak. Pelbagai jenis potongan tudung chiffon boleh direka dan digayakan.

 

Jom selongkar jenis tudung chiffon yang ada di pasaran.

1. Tudung Chiffon Segi Empat Tepat

Tudung chiffon segi empat ini sama sahaja dengan tudung bawal dimana potongannya berbentuk segi empat tepat. Cara penggayaan tudung chiffon segi empat memang serupa dengan tudung bawal cuma yang membezakannya ialah jenis fabrik yang dipakai. Fabriknya yang lembut mungkin agak sukar untuk digayakan seperti tudung bawal, namun dengan menggunakan ‘fabric starch’ boleh mengeraskan bahagian tudung yang ingin dibentuk.

 

Baca Juga: Koleksi Tudung Bawal Terkini

 

2. Tudung Chiffon Empat Segi Berpotongan Separa Bulat

Tudung ini kelihatan sama dengan tudung chiffon segi empat tepat, namun potongan di bahagian bucunya yang sedikit bulat memberikan gaya yang berbeza kepada si pemakai.

 

3. Selendang Chiffon

Selendang chiffon memang menjadi trend zaman sekarang. Ramai yang suka menggayakan selendang chiffon kerana pilihan warna dan coraknya sangat menarik dan cantik. Selain itu, jatuhan selendang chiffon adalah sangat cantik apabila dipakai dan terletak serta lembut.

 

Baca Juga: Tudung Turki

 

4. Selendang Chiffon Potongan Lebar

Pastinya ia sama dengan selendang chiffon tetapi potongannya yang sedikit lebar mampu memberikan gaya yang memukau. Potongan lebar boleh digayakan seperti tudng labuh ataupun bagi yang suka bereksperimen dengan style terbaru, lilitan yang sesuai juga akan membuatkan anda kelihatan memukau.

 

5. Tudung Chiffon Potongan Syria

Kebiasaannya potongan jenis Syria akan menggunakan fabrik jenis lycra tetapi kebelakangan ini pemilihan fabrik chiffon seakan-akan kena dengan potongan ini. Pemakaian tudung chiffon potongan Syria ini akan kelihatan lembut dipandang jika kena dengan corak dan sesuai dengan anda, ditambah pula dengan pemilihan inner neck yang sepadan pasti akan menaikkan seri wajah anda.

 

6. Tudung Chiffon Potongan Syria Bertingkat

Sama juga seperti tudung chiffon potongan Syria, tetapi kali ini ia direka bertingkat-tingkat di bahagian bawah. Pereka tudung chiffon jenis ini perlu pandai bermain dengan warna dan corak kerana potongan ini akan lebih kelihatan menawan dengan gabungan beberapa warna di bahagian bertingkat itu tadi.

 

7. Selendang Chiffon Halfmoon

Bagi peminat selendang chiffon, pasti mereka tahu tentang gaya yang terbaru ini. Pelbagai potongan dan tambahan aksesori digunakan bagi menggayakan selendang jenis ini. Potongannya yang separa bulatan memberikan aura yang lain berbanding tudung potongan biasa. Selain itu, potongan jeins ini senang untuk digayakan untuk ke mana sahaja. Tambahan aksesori seperti manik-manik atau mutiara serta ‘lace’ memang cantik dipakai bersama selendang chiffon halfmoon polos.

 

8. Selendang Chiffon Butterfly

Selendang chiffon butterfly seindah namanya juga. Potongan selendang ini adalah seperti sayap rama-rama yang berliku. Potongan ini apabila dipakai seolah-olah terletak di atas bahu.

 

Tips Memilih Tudung Chiffon

  • Pastikan fabrik chiffon bukan jenis yang mudah koyak.
  • Pilih tudung chiffon yang sudah berjahit tepi kerana jika ia tidak dijahit, benangnya mudah terkeluar.
  • Jangan memilih tudung chiffon yang sudah terkoyak kerana bimbang koyakan tersebut akan menjadi lebih besar.
  • Jangan menggunakan suhu yang terlampau panas untuk seterika tudung chiffon.
  • Sebaiknya cuci tudung chiffon menggunakan tangan dan elakkan dari menggunakan mesin basuh kerana ia boleh merosakkan kain chiffon.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya

<< Shawl murah tetap cantik. Ketahui triknya di sini.  

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui 6 Tips Mendapatkan Badan Sado Dengan Cara Mudah

Next post

4 Petua Paling Mudah Untuk Tegangkan Kulit Muka

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *