ModeStail

Fesyen Terbaru Kemeja Jeans Wanita

kemeja jeans wanita - women online magazine

Kredit Foto: gomarketonlinealicdnnazleawardrobelooks

Kemeja Jeans Wanita. Kemeja jeans tetap mendapat tempat di hati wanita yang gemar berfesyen ringkas, namun penuh gaya.

Ada pelbagai jenis stail kemeja jeans wanita boleh didapati di pasaran, dari harga yang murah hingga ke kemeja jeans wanita yang berjenama.Kemeja jeans ataupun lebih dikenali sebagai kemeja denim tidak pernah makan dek usia walaupun penggunaan fabrik jenis jeans atau denim ini digunakan setelah sekian lama. Kemeja jeans wanita juga pernah menjadi trend hangat pada suatu ketika dahulu dan kini ia mengulangi sejarahnya.

Apa yang menarik tentang kemeja jeans wanita kini dan apakah fesyen terbaru kemeja jeans wanita?

kemeja jeans wanita - women online magazine (1)

1. Kemeja Jeans Wanita Potongan Lurus

Kemeja jeans wanita potongan lurus sangat popular dikalangan remaja zaman sekarang. Selain dari potongannya yang ringkas, ia juga telah membawa suatu imej ‘country’ dalam pemakaiannya. Ramai remaja wanita gemar menggayakannnya dengan baju- T di bahagian dalam bersama seluar yang sepadan.

Baca Juga: Baju T-Shirt Murah

2. Kemeja Jeans Wanita Potongan Lurus Labuh

Lebih kurang sama dengan kemeja jeans wanita potongan lurus tetapi  ia mempunyai potongan yang sedikit labuh mencecah atas lutut. Kemeja jeans wanita jenis ini mendapat tempat dikalangan remaja wanita mahupun golongan yang sedikit berusia.Disebabkan potongannya yang sedikit labuh, ia memudahkan para wanita untuk memadankannya bersama hijab terkini.Disamping tampil dengan gaya muslimah, mereka juga boleh mengekalkan imej trendy.

3. Kemeja Jeans Wanita Potongan Mini Gaun

Mempunyai pilihan warna denim yang pelbagai, kemeja jeans wanita potongan mini gaun merupakan salah satu kemeja jeans wanita yang stylo.Potongannya yang sedikit kembang dari bahagian pinggang ke bawah seakan-akan mini gaun menjadikan kemeja jenis ini kelihatan comel dan manis apabila dipakai,ditambah pula dengan pemakaian aksesori seperti tali pinggang kecil pasti menyerlahkan gaya si pemakai.

4. Kemeja Jeans Wanita Potongan Blazer Santai

Terdapat pelbagai jenis potongan kemeja jeans yang seakan-akan blazer. Namun, penggayaannya terhad kepada imej santai tetapi stylo menjadikan ia sebagai pakaian wajib yang perlu ada bagi setiap wanita.Kemeja jeans wanita potongan blazer santai ini boleh digayakan dengan apa jua pakaian tidak kira bersama seluar mahupun skirt. Kedua-duanya kelihatan trendy dan ranggi.

Baca Juga: Skirt Kembang

5. Kemeja Jeans Wanita Potongan Jacket Tanpa Lengan

Kemeja jeans jenis ini kebiasaannya menggunakan fabrik jeans yang agak tebal dan mempunyai jahitan yang kelihatan agak kurang kemas.Namun,jika kena dengan gaya ianya kelihatan sangat ranggi dan bergaya.Si pemakai boleh menggayakan kemeja jeans jenis ini bersama dress labuh mahupun baju-T bercorak plain di bahagian dalam.

6. Kemeja Jeans Potongan Besar Dan Longgar

Tidak semestinya baju yang mengikut potongan badan kelihatan cantik dipakai, kemeja jeans potongan besar dan longgar adalah salah satu contoh bukti yang menunjukkan ia mampu memberikan impak kepada si pemakai.Kemeja jeans potongan besar dan longgar ini kebiasaannya tidak mempunyai perincian yang banyak di bahagian depan mahupun belakang, tetapi potongannya yang besar sudah cukup meletakkan gaya trendy kepada si pemakai.

kemeja jeans wanita - women online magazine (2)

 

7. Kemeja Jeans Wanita Lace

Perincian seperti lace amat digemari oleh wanita zaman sekarang, selain ianya menampilkan ciri-ciri kewanitaan, ia juga boleh menaikkan aura seri si pemakai.Perincian lace kebiasaannya diletakkan di bahagian bawah kemeja jeans dan juga di bahagian poket.

Baca Juga: Skirt Labuh

8. Kemeja Jeans Wanita Bercorak

Kemeja jeans wanita tidak terhad kepada kemeja jeans polos,ia juga datang dengan pilihan bercorak yang pastinya memberikan kelainan kepada si pemakai.Kemeja jeans wanita bercorak sangat sesuai digayakan oleh pelbagai lapisan usia kerana potongannya tidak terlalu ketat dan pendek.

Nota Kaki: Jom, Share artikel ini dengan kawan-kawan anda.

<< Ketahui adakah anda telah memakai seluar jeans dengan potongan bentuk tubuh yang betul di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Mesti Cuba! Senaman Kecilkan Payudara

Next post

Cuba Kurangkan Berat Badan Anda Dengan Senaman Pilates

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *