Gaya HidupOh! LelakiRomantika

6 Jenis Penyakit Lelaki

women online magazine-penyakit lelaki

Penyakit Lelaki.Awas, penyakit lelaki ini mugkin akan menghantui anda di masa tua nanti.

Penyakit lelaki adalah pembunuh senyap yang sering menyerang lelaki. Antaranya ialah penyakit yang kita tidak sedar sebenarnya. Penyakit ini kadang-kadang kita rasa remeh tapi akan menyebabkan menjadi teruk di masa hadapan.

Antara perkara-perkara yang perlu kita ambil tahu ialah:

1. Ketagihan 

Golongan lelaki dikatakan golongan yang paling ramai melalui rasa ketagih berbanding wanita. Malah, ada sebahagian doktor mengatakan bahawa ketagihan merupakan satu penyakit. Ada juga mengatakan ketagihan merupakan masalah kelakuan dan personaliti seseorang.

Di Amerika Syarikat saja, masalah ketagihan seperti dadah lebih ramai dialami oleh lelaki.Lebih 100 juta lelaki di dunia bergantung pada tembakau untuk meneruskan kehidupan. Bukan itu saja, lelaki juga lebih ramai ketagih minuman berkafein sama ada kopi atau teh mahupun alkohol.

 

Baca Juga: Tips Simple Berhenti Merokok

 

2. Kolesterol 

Kolesterol dan lemak trigliserida merupakan blok ‘binaan' penting bagi struktur sel dan juga digunakan untuk membuat hormon serta menghasilkan tenaga. Tahap kolesterol di dalam darah bergantung kepada apa yang anda makan. Mengambil makanan tinggi kolesterol boleh menyebabkan penyumbatan pada arteri.

Masalah kolesterol tinggi boleh menjadi turun temurun di dalam keluarga dan ia digelar familial hypercholesterolaemis (FH). Antara penyakit yang boleh terhasil akibat terlebih kolesterol adalah masalah tiroid, buah pinggang, diabetis, obesiti dan sakit jantung.

 

Baca Juga: Cara Mudah Turunkan Kolesterol

 

3. Sindrom Malu/Malas Kencing

Avoidant paruresis atau lebih dikenali sebagai sindrom pundi kencing pemalu atau retensi kencing psikogenik merupakan satu gangguan kerisauan sosial yang melibatkan ketidakupayaan kencing di hadapan orang lain. Sindrom merupakan penyakit lelaki yang kini boleh bermula dari apa saja peringkat umur tidak kira kanak-kanak lelaki atau lelaki dewasa.

Meskipun sindrom ini tidak dikenali, namun ada beberapa simptom untuk menjelaskan sama ada anda tergolong dari kelompok ini. Antaranya, takut membuang apabila ada orang berdekatan, risau pintu tandas diketuk, risau orang mendengar bunyi membuang, terpaksa menggunakan tandas awam di dalam pesawat, kapal atau keretapi.

Jika masalah ini berlarutan, ia menyukarkan golongan ini untuk bercuti, malah menolak untuk berkongsi tandas.

 

Baca Juga: Bahaya Tahan Kencing

 

4. Ketulan Kanser Testikel

Meskipun kanser ini kedengaran luar biasa namun menjumpai ketulan pada testikel bukan luar biasa. Keadaan ini membuatkan ramai keliru tetapi tidak pula memandang serius akan keadaan ini. Antara keadaan yang menunjukkan terdapatnya masalah pada testikel dan scrotum adalah ‘kehilangan' satu testikel haruslah segera bertemu dengan doktor.

Perhatikan juga jika terdapat ketuat, hernia atau kebengkakan, ketulan lembut pada kerandut zakar, jangkitan dan rasa sakit.

 

5. Berdengkur Kuat

Berdengkur boleh jadi satu perkara yang sangat menyakitkan hati buat pasangan tidur anda. Jika tidak dirawat, boleh jadi pasangan anda mahu tidur berasingan dari anda. Berdengkur berlaku disebabkan oleh gangguan pernafasan.

Hampir 15 juta pendengkur di Amerika saja dan ini tidak termasuk seluruh dunia.Kebanyakannya adalah lelaki pertengahan umur. Masalah dengkur boleh disebabkan oleh masalah berat badan, merokok dan pengambilan minuman keras. Pembedahan sengau boleh membantu tetapi ia tidaklah menyembuhkan dengkuran tetapi membantu meningkatkan pernafasan hidung.

 

Baca Juga: Cara Mengatasi Tidur Berdengkur

 

6. Jangkitan fungus.

Lebih dikenali sebagai tinea pedis merupakan satu jangkitan fungus yang disebabkan oleh parasit pada kulit. Sebanyak 90% kulit yang dijangkiti fungus biasanya dirujuk sebagai kurap. Jika tidak dirawat, jangkitan ini boleh merebak sehingga ke keseluruhan kaki dan tapak tangan.

Fungus gemar kawasan lembab terutama anda yang kerap memakai kasut yang ketat dan tidak mempunyai ruang udara kaki ‘bernafas'.Berhati-hati apabila ada kesan merah yang gatal, kulit seakan melecur dan rasa kurang selesa.

 

Nota Kaki: Semoga perkongsian daripada WOM.my memberikan manfaat bersama. Kongsikan artikel ini kepada kaum lelaki supaya mereka lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan sentiasa mengambil berat tentang penjagaan kesihatan diri.

<< Jom ketahui masalah gangguan tidur yang sering menyerang kaum lelaki di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Trik & Tips Untuk Anda Yang BerBetis Besar

Next post

Tips Pilih Warna Tudung Sesuai Dengan Warna Kulit

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *