DekoStail

Bidai Tingkap Terkini Berbaloi Untuk Dimiliki

Cover Gambar Bidai Tingkap - Women Online Magazine

Adakah anda pening untuk memilih bidai tingkap yang sesuai dengan citarasa anda? Teruskan bacaan artikel ini sehingga ke penghujung ayat. Rumah atau pejabat pasti mempunyai tingkap yang kita perlu fikirkan hiasan yang sesuai untuk melengkapkan dekorasi sesebuah ruang. Pemilihan bidai tingkap yang menarik mampu menyerlahkan lagi pemandangan dan melengkapkan dekorasi sesuai dengan cita rasa pengguna.

Fungsi utama bidai tingkap ini adalah sebagai penghadang cahaya, untuk mengawal kemasukan cahaya daripada luar dengan baik. Pemasangan bidai adalah salah satu elemen yang menjadi pilihan trend masa kini sebagai melengkapi dekorasi sama ada di rumah atau di pejabat.

Oleh itu, pemilihan bidai tingkap yang betul sangat perlu dititik berat kerana ianya mempengaruhi daya ketahanan, fungsi dan dekorasi yang sesuai dengan citarasa terkini.

Jika anda sedang mencari pembekal langsir bidai tingkap yang berbaloi dan mampu milik serta berkualiti, anda boleh dapatkan melalui laman ini Blindshub.com untuk maklumat lanjut.

Artikel yang kami kongsikan pada hari ini bakal membantu anda dalam membuat keputusan untuk dapatkan pilihan bidai tingkap yang sesuai dengan citarasa anda sama ada ingin membuat hiasan di pejabat atau di rumah.

Antara Contoh Bidai Tingkap Terkini Berbaloi Untuk Dimiliki adalah:

1. Bidai Tingkap – Bidai Zebra (Zebra Blinds)

Bidai Tingkap Bidai Zebra 1 - Women Online Magazine

Tahukah anda? Bidai Tingkap – Bidai Zebra mempunyai fabrik yang diperbuat daripada 100% polyster dan rendah karbon.

Dengan rekaannya yang unik, Bidai Zebra ini amat mudah digunakan menjadikannya amat berbaloi untuk dimilki. Bidai Zebra ini direka dengan menarik sekali di mana fabriknya diselang selikan dengan jaring, secara melintang dengan sempurna untuk kemasan yang unggul.

Bidai Tingkap Bidai Zebra 2 - Women Online Magazine

Fungsinya sangat mudah di mana diangkat, diturunkan dan disejajarkan kedudukan fabrik untuk membenarkan cahaya masuk mengikut kesesuaian dan cita rasa anda. Selain itu juga, bidai Zebra ini berfungsi untuk mengurangkan silau akibat cahaya serta boleh memerangkap haba.

Bidai Zebra juga mempunyai beberapa pilihan fabrik dengan pelbagai fungsi iaitu menapis cahaya (light-filtering), lut-cahaya (translucent), gelap separuh (semi-blackout) serta gelap sepenuhnya (blackout) untuk memberikan 100% pelindungan daripada cahaya UV.

Bidai Tingkap Bidai Zebra 3 - Women Online Magazine

Bidai Tingkap – Bidai Zebra turut disertakan dengan beberapa ciri khas kain termasuk jenis kain yang kalis air, kalis bakteria serta kulat, kalis api serta rawatan antimicrobial supaya kain tersebut lebih mudah untuk dibersihkan.

Bidai Tingkap Bidai Zebra 4 - Women Online Magazine

Dari segi saiz pula, ada pelbagai pilihan mengikut kesesuaian saiz tingkap anda dan di antara saiz yang boleh anda dapatkan adalah dengan panjang min. 13″ max. 150″, beserta lebar min. 13″ max. 98″ – 110″.

 

Harga dari serendah RM 99 Bidai Zebra ini mampu dimiliki oleh mereka yang ingin mendapatkannya.

2.Bidai Tingkap-Bidai Roman (Roman Blind)

Bidai Tingkap Bidai Roman 1 - Women Online Magazine

 

Jika anda sangat mementingkan suasana antik dan penampilan yang mewah untuk tingkap, anda boleh cuba memiliki bidai roman ini.

Bidai roman ini mempunyai beberapa jenis fabrik iaitu fabrik tenun polyester dengan acrylic thermal flock foam di bahagian belakang, linen dan polyester serta 100% polyester yang pastinya berkualiti tinggi. Turut sedia adalah kualiti jenis kain yang menawarkan fungsi kalis air, kalis api dan juga anti-keretakan.

Bidai Tingkap Bidai Roman 2 - Women Online Magazine

Juga terdapat pelbagai saiz untuk padanan sempurna tingkap anda. Antara saiz yang boleh anda dapatkan adalah dengan panjang min. 13″ max. 150″, serta lebar min. 13″ max. 98″ – 110″.

Fabrik pada bidai Roman ini dibuka dan ditutup, lapisan demi lapisan untuk mengawal kemasukan cahaya ke dalam ruang.

Bidai Tingkap Bidai Roman 3 - Women Online Magazine

Selain itu juga, bidai Roman ini berkebolehan mengurangkan silau cahaya matahari serta menahan haba. Bidai ini juga dibekalkan dengan fabrik berfungsi untuk menapis cahaya (light-filtering) dan gelap sepenuhnya (blackout) untuk 100% perlindungan daripada cahaya UV.

Bidai Tingkap Bidai Roman 4 - Women Online Magazine

Dengan keunikan reka bentuk untuk tampil mewah dan bergaya membuatkan harga bidai ini mahal sedikit berbanding dengan bidai yang lain.

3. Bidai Tingkap-Bidai Bergulung (Roller Blind)

Bidai Tingkap Bidai Bergulung 1 - Women Online Magazine

Bidai Tingkap-Bidai Bergulung ini biasa kita lihat di mana-mana sahaja di pejabat atau rumah. Ianya menjadi salah satu pilihan kerana mudah dan ringkas untuk hiasan tingkap.

Bidai Tingkap Bidai Bergulung 2 - Women Online Magazine

Bidai Bergulung mempunyai beberapa jenis fabrik antaranya adalah jenis fabrik PVC, fabrik tenun polyester dengan acrylic thermal flock foam di bahagian belakang, linen dan polyester serta 100% polyester. Terdapat beberapa jenis kain untuk bidai bergulung ini termasuklah kain yang kalis air, kalis api serta anti-retak di mana anda boleh berhubung dengan wakil jualan untuk memudahkan anda membuat pilihan yang tepat.

Bidai Tingkap Bidai Bergulung 3 - Women Online Magazine

Turut terdapat pelbagai saiz mengikut kesesuaian tingkap anda dan antara saiz yang boleh anda dapatkan adalah dengan panjang min. 13″ max. 150″, juga lebar min. 13″ max. 118″.

Bidai Tingkap Bidai Bergulung 4 - Women Online Magazine

Bidai Tingkap-Bidai Bergulung ini mempunyai dua jenis gulungan, iaitu yang pertama gulungan biasa (standard roll) dan yang kedua gulungan terbalik (reversed roll). Bidai ini sangat mudah dibersihkan dan diselenggara. Dari segi fungsi, bidai ini juga membantu mengurangkan silau akibat cahaya matahari dan menghalang haba daripada memasuki ruang.

Dengan harga serendah RM 99, pastinya mampu dimiliki oleh mereka yang ingin mendapatkannya, bidai bergulung yang diperbuat dengan kualiti yang terbaik.

4. Bidai Tingkap-Bidai Solar (Outdoor Blind-Solar Shades)

Bidai Tingkap Bidai Solar 1 - Women Online Magazine

Perkara yang anda perlu ambil tahu jika ingin membuat pilihan untuk membeli bidai solar atau outdoor blind adalah daya ketahanan bidai disamping reka bentuk yang menarik.

Bidai Tingkap Bidai Solar 2 - Women Online Magazine

Bidai Tingkap Bidai Solar diperbuat daripada 70% PVC dan 30% polyster sesuai untuk diletakkan pada ruang luar rumah.

Terdapat 3 jenis Bidai Solar (Outdoor Blind-Solar Shades) antaranya adalah:

1) 5% bukaan penapis cahaya (95% perlindungan cahaya UV)

2) 10% bukaan penapis cahaya (90% perlindungan cahaya UV)

3) 4% bukaan penapis cahaya (96% perlindungan cahaya UV)

Peratusan saringan kain - Women Online Magazine

Antara fungsi yang terdapat pada bidai solar (outdoor blind) ini adalah :

 

  1. Bidai ini mampu mengurangkan silau akibat cahaya matahari
  2. Bidai ini juga mempunyai ketahanan daripada kulat, fungi, algae, yis memandangkan bidai ini terletak di luar rumah yang sentiasa terdedah sepanjang masa dengan hujan dan panas matahari.
  3. Bidai ini adalah bidai bergulung yang fabriknya mesra alam sekitar .
  4. Mempunyai fungsi fabrik untuk menapis cahaya (light filtering)
  5. Mempunyai saiz dengan panjang min. 13″ max. 150″, lebar min. 13″ max. 118″

Bidai Tingkap Bidai Solar 3 - Women Online Magazine

Itu sahaja yang dapat kami kongsikan kepada anda untuk memberi maklumat mengenai pilihan contoh bidai tingkap terkini berbaloi untuk dimiliki bermula RM 99 sahaja.

Pemilihan mengenai kualiti dan reka bentuk boleh membantu anda untuk mencantikkan ruang yang sepatutnya sekaligus menjadi penyeri ruang rumah serta pejabat anda.

Jika anda ingin mendapatkan bidai tingkap , sila klik link ini untuk membuat belian melalui laman ini. https://www.blindshub.com/ dan https://www.newwaykl.com

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Tidak Selera Dengan Lobak Putih? Ini Khasiatnya!

Next post

This is the most recent story.

WOM.my

WOM.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *