Ada Apa?Review

Serikan Aidilfitri Kali Ini Dengan Pelbagai Pilihan & Inspirasi Biskut Raya

 

Kuih Semperit atau biskut Dahlia telah lama menjadi kuih tradisi sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang diraikan di beribu-ribu buah rumah di Malaysia. Berbentuk sekuntum bunga daisy  yang sedang mekar dan dihiasi dengan kepingan buah ceri, ia mengimbau nostalgia dan rasa yang unik menjanjikan keenakan yang tidak terperi.

Mentega SCS kini membawa kembali kuih kegemaran klasik ini, tetapi dengan satu kelainan. Walaupun cara pembuatan tradisional masih dikekalkan, penampilan serta perisanya telah diberi pembaharuan dalam empat variasi baru. Resipi baru ini mencerminkan aspirasi pengeluar mentega premium ini – iaitu membawa inovasi dan sentuhan kreativiti kepada kuih kegemaran seisi rumah.

Hidupkan suasana dapur anda sempena Hari Raya dengan aroma lazat Semperit melalui resipi-resipi yang telah dipertingkatkan. Ia mudah dicapai, boleh disediakan dengan mudah dan hampir menyerupai cara ibu menyediakannya. Ramuan asas merangkumi tepung, gula, telur dan semestinya, mentega; tapi bukan sebarang mentega, jika anda ingin mendapatkan tekstur dan rasa yang tepat. Ramuan rahsia dalam adunan ini ialah Mentega SCS yang diperbuat daripada krim yang digodak dua kali dengan rapi.

Keraian anda pastinya akan menjadi lebih meriah dan semestinya lebih enak tahun ini. Sanak saudara dan handai taulan pasti menikmati suasana yang mencuit emosi, penuh keseronokan dan kasih sayang. Sediakan mangkuk adunan dan senduk anda kerana kami akan menghidupkan suasana dapur anda dengan kelainan yang menepati gaya Semperit yang sejati.

Tanpa berlengah lagi, kami mempersembahkan resipi eksklusif Mentega SCS untuk menceriakan masakan dan menambat selera anda. Pakaikan apron dan cubalah resipi menggunakan Mentega SCS.

Coklat Kacang Hazel - wom.my

Coklat Kacang Hazel

Sajian bertekstur sederhana yang diserikan dengan rasa kacang dan kelazatan coklat, resepi ini menawarkan rasa yang penuh berperisa. Gigitan pertama memberikan rasa yang menyelerakan dan bertukar menjadi manis di tengah, resepi ini memiliki adunan mentega dan kerangupan yang sempurna tanpa mengenepikan daya tarikan yang serba sederhana.

Kejutan Oren - wom.my

Kejutan Oren

Resipi klasik ini bukan sekadar sensasi Semperit yang biasa. Kanak-kanak pasti menggemari resepi ini kerana ia menawarkan ledakan kelazatan mentega yang diserikan dengan rasa oren dan dihiasi dengan seribu kilauan.

Kopi & Kacang - wom.my

Kopi & Kacang

Adunan berasaskan kopi ini menawarkan kuih yang rangup di luar dan lembut di dalam. Dinikmati bersama secawan kopi, anda akan merasa lebih bertenaga dah sedar sepenuhnya. Rasanya sedap dalam setiap gigitan.

Mentega Kacang - wom.my

Mentega Kacang

Dihiasi kacang parut di luar dan lapisan nipis mentega kacang di tengah, kuih unggul ini pasti akan menjadi kegemaran ramai. Rasa dan teksturnya merupakan ciri istimewa kuih ini.

<< Dapatkan resepi kek lumut Sarawak di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Ikan Bakar Portugis Menambat Selera Berbuka Puasa

Next post

Nikmati Kopi “Ice Blended” Dengan Espresso Tambahan – Jom Affogato!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *