Selera

Resepi Kek Lumut Sarawak

KEK LUMUT SARAWAK-WOMAN ONLINE MAGAZINE

Kredit : bp

Anda suka makan kek? Pernah rasa Kek Lumut? Bagi yang dah menikmati Kek Lumut pasti tahu keenakkan rasanya. Jika masih belum merasanya, ada memang patut cuba resepi Kek Lumut ini.

Jika dibuat dengan ikhlas dan penuh keseronokan, sudah pasti membuat Kek Lumut ini menjadi lebih mudah,walaupun tempoh mengukusnya memakan masa lebih dari 2 jam. Ok, selamat mencuba dan menjamu selera!

Resepi Kek Lumut Sarawak

Bahan-bahan yang diperlukan:

4 biji telur (bersaiz besar)

1 cawan tepun gandum

1 cawan serbuk Horlicks

250gm Buttercup (sebuku)

½ cawan nestum (dikisar)

¾ cawan gula kastor

2 sudu kecil esen vanilla

2 sudu kecil pes pandan (pewarna pandan)

¼ cawam susu pekat manis

4 sudu besar kaya

Cara Membuatnya:

  1. Butter dan gula kastor serta esen vanilla dipukul sehingga kembang dan putih berkrim dengan kelajuan maksima.
  2. Kemudian masukkan telur satu demi satu,sambil dipukul perlahan-lahan sehingga merata.
  3. Setelah itu, masukkan susu pekat, pes pandan dan kaya sambil dipukul rata setiap campuran agar semua adunan sebati.
  4. Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk horlicks dan nestum yang sudah dikisar tadi. Kacau adunan hingga sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang sudah diletakkan kertas minyak di bawahnya.
  6. Tutup atas loyang dengan ‘aluminium foil’ untuk mengelakkan wap air masuk.
  7. Kukus adunan tersebut selama 3 atau 4 jam dengan api sederhana.
  8. Anda perlu sentiasa cek air kukusan.Tambah air panas jika airnya kering.
  9. Setelah sejuk, barulah kek dikeluarkan dari loyang. Jika mahu Kek Lumut ini tahan lebih lama, simpan dalam peti sejuk.

<< Dapatkan resepi nasi goreng nanas yang cukup istimewa di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Hilangkan Bekas-Bekas Jerawat Dengan Khasiat Buah Anggur

Next post

Jauhi Makanan Ini Jika Tak Mahu Gigi Anda Terus Rosak!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *