Selera

Resepi Ikan Bakar Portugis Menambat Selera Berbuka Puasa

ikan bakar portugis - wom.my

Kredit : bp

Adakah anda tersenarai dalam kategori penggemar masakan jenis ‘bakar’ atau panggang? Anda juga suka makan ikan bakar? Jika ya, anda boleh mencuba Resepi Ikan Bakar Portugis ini.

Sebenarnya untuk memasak ikan bakar sangat mudah dan murah, bergantung pada selera dan keinginan anda.Sebaiknya gunakan ikan yang segar kerana ia akan mempergaruhi rasa yang dihasilkan. Resepi Ikan Bakar Portugis ini memang wajar anda cuba kerana rasanya cukup nikmat, berbeza dengan ikan bakar yang mungkin telah biasa anda nikmati. Sesuai untuk Anda sajikan sebagai salah satu menu masakan buat seluruh anggota keluarga tercinta, khususnya sempena bulan Ramadan ini.Tertarik dan ingin mencubanya? Semak Resepi Ikan Bakar Portugis yang telah Chef Wom.my sediakan ini.

Resepi Ikan Bakar Portugis

Bahan-bahan yang diperlukan

3 potong ikan pari/ 3 ekor ikan kembung sederhana besar

12 batang bendi

Perencah sambal untuk diblender/dihaluskan:

3 biji bawang besar (merah)

4 ulas bawang putih

20 tangkai cili  kering

1 batang serai dihiris halus

Sedikit belacan

Daun kesum atau daun limau purut

Aluminium foil

Daun pisang

Cara Memasak:

  1. Tumiskan bahan-bahan perencah yang telah diblender dan serai.
  2. Kacau dan biarkan sehingga garing.
  3. Setelah benar-benar garing , masukkan 1/4 cawan air.
  4. Kemudian biarkan ia mendidih, sehingga sambal menjadi kering dan pekat.
  5. Kemudian tutup api.
  6. Potong aluminium foil, kemudian alaskan dengan daun pisang.
  7. Letakkan daun kesum atau daun limau purut.
  8. Masukkan sedikit sambal. Letakkan ikan pari/ ikan kembung.
  9. Taburkan sambal di atasnya.
  10. Letakkan pula bendi yang telah dipotong serong di atasnya.
  11. Bungkus.
  12. Bakar ikan dalam 30 minit dengan suhu 200 darjah celcius.

<< Dapatkan resepi sambal terung pipit yang sungguh enak di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kekal Harum Sepanjang Ramadan

Next post

Serikan Aidilfitri Kali Ini Dengan Pelbagai Pilihan & Inspirasi Biskut Raya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *