Ada Apa?Buletin

Nikmati Kopi “Ice Blended” Dengan Espresso Tambahan – Jom Affogato!

The Affogato Vanilla Ice Blended - woman online magazine

The Coffee Bean And Tea Leaf® dengan kerjasama Naza Premira Sdn Bhd, membawakan minuman “Ice Blended Affogato-style” baharu dan peluang memenangi Vespa LT150 bernilai melebihi RM10,000!

Di mana kita tanpa secawan espresso yang hebat, raja segala kopi! Di Itali ia bagai tarikan secawan “teh tarik”. Kini di Malaysia, anda berpeluang menikmatinya di mana- mana rangkaian restoran The Coffee Bean And Tea Leaf® (CB & TL) untuk menikmati rasa kopi asli sebenar ala Italy dengan citarasa baru di“Affogato”. Tambahkan espresso ke dalam minuman Ice Blended kegemaran anda, rasa lebih enak dengan tambahan kaffein.

Secara tradisionalnya, affogato adalah shot esxpresso yang dihidangkan bersama aiskrim, hidangan untuk rasa kopi yang lebih kaya dan berkrim. Bertemakan konsep “We’re Pouring Happy” The Coffee Bean And Tea Leaf®, minuman Ice Blended ala Affogato dinspirasikan dari bangsa Italy sebagai ekpressi menikmati kemewahan kehidupan. Ia memberikan dimensi alaf baru kepada minuman Ice Blended Mocha, Hazelnut, Caramel dan Vanilla kegemaran rakyat Malaysia!

“Sejak dari awal permulaan rangkaian perniagaan kami di California 50 tahun dahulu, The Coffee Bean And Tea Leaf® telah berjaya mengeratkan perhubungan pelanggan di dalam setiap hidangan minuman kami, tambahan pula digabungkan dengan sentuhan Itali khas untuk rakyat Malaysia,” kata Cik Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran & Pembangunan The Coffee Bean And Tea Leaf® Malaysia.

“Bagi menambahkan lagi keterujaaan pengalaman baharu secara keseluruhan ala affogato kepada para pelanggan kami, kerjasama kami dengan pengimport terunggul kenderaan motor Italy – Vespa; Naza Premira Sdn Bhd, bakal menggempakkan lagi promosi ini!”

Bermula 13 Jun 2015, The Coffee Bean And Tea Leaf® dengan kerjasama Naza Premira Sdn Bhd akan melancarkan ‘Bean on a Vespa’, peraduan menerusi media sosial di seluruh negara yang akan berlangsung di restoran The Coffee Bean And Tea Leaf® di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang selama empat hujung minggu berturut-turut. Untuk memenangi hadiah mingguan, anda hanya perlu mengunjungi salah satu restoran terpilih di mana Vespa akan dipamerkan, bergambar bersama Vespa tersebut dan minuman Ice Blended Affogato-style yang baru dibeli, seterusnya muatkan gambar tersebut ke Instagram melalui hashtag #beanonavespa.

Hadiah mingguan termasuk kemeja ‘sweatshirt’ Vespa bernilai RM580, kad prabayar The Coffee Bean (TBC) bernilai RM50, kemeja-T edisi terhad The Coffee Bean And Tea Leaf® serta hadiah hamper daripada The Coffee Bean & Tea Leaf®. Untuk memenangi Hadiah Utama Vespa LT150 bernilai lebih daripada RM10,000*, anda hanya perlu menghantar gambar yang diambil selama empat minggu kepada The Coffee Bean And Tea Leaf® dalam bentuk pautan album foto di Facebook, dengan penerangan kreatif menggunakan tema “Affogato-style Ice Blended Drink” dan “Vespa” tidak melebihi 25 patah perkataan dan hashtag #beanonavespa sebelum 12 tengahari pada 8 Julai 2015. *Tertakluk kepada terma dan syarat.

<< Ketahui kebaikan kopi yang mungkin anda tidak tahu di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Serikan Aidilfitri Kali Ini Dengan Pelbagai Pilihan & Inspirasi Biskut Raya

Next post

Kulit Lebih Terjaga Kecantikannya Dengan Jus Bayam

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *