Petua PemakananSihat

Kopi Penuh Nikmat,Tetap Ada Kebaikan!

Kebaikan Kopi - Women Online Magazine

Kopi merupakan minuman yang dicampur dengan air panas yang disediakan daripada biji kopi.Kopi mampu memberi kesan perangsang kepada peminumnya disebabkan kandungan kafeinnya. Kopi terkenal sebagai minuman paling popular dan digemari oleh pelbagai bangsa di seluruh dunia.

Minat masyaarakat pada minuman ini menyebabkan ia dihasilkan dalam pelbagai versi perasa mengikut citarasa masing-masing.Kopi dipercayai muncul pada abad kesembilan, apabila ia telah ditemui di tanah tinggi  Etiopia. Bermula disitu, ia merebak ke Mesir dan Yemen, dan pada abad ke-15, ia telah sampai ke Armenia, Parsi, Turki dan di Utara Afrika. Dari dunia Islam, penyebaran kopi ke Itali, dan seluruh Eropah, serta Amerika.

Kebaikan Kopi

  • Kafein yang terdapat dalam kopi mampu merangsang stimulasi otak.
  • Mampu mengurangkan masalah selulit yang sudah pasti merosakkan penampilan anda.
  • Kopi juga dipercayai mampu memberikan ransangan seksual.
  • Mengurangkan keradangan dan kesan merah pada kulit.
  • Kajian menunjukkan kopi mampu merawat dan mengelakkan diabetes.
  • Kandungan kafein kopi dikatakan mampu memperbaiki aliran darah di bawah kulit.
  • Serbuk kopi bertindak sebagai lulur yang bukan sahaja dapat membersihkan kulit, tetapi dapat menjadikannya lembut dan kembali sihat.
  • Kajian lain menunjukkan pengambilan kopi dapat mengurangkan risiko serangn angin ahmar dan memberi kesan perlindungan terhadap penyakit Alzheimer.
  • Antioksidan yang dimiliki kopi berfungsi seperti perisai tubuh daripada radikal bebas.
  • Kopi mampu mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.

Info Extra!

  • Kajian dari Institusi Karonslika, Sweden menyatakan bahawa wanita yang mengambil 10gm kafein sehari mudah mengalami keguguran.
  • Pengambilan kopi yang berlebihan, seperti empat ke tujuh cawan sehari (500 ke 600mg kafein) akan mengundang pelbagai masalah seperti sukar tidur, cepat gemuruh, cepat marah, loya, sakit kepala dan kemurungan.
  • Kafein yang terdapat dalam kopi boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Selain itu, kafein juga mempengaruhi sistem kardiovaskular tubuh seperti peningkatan denyutan jantung dan tekanan darah.
  • Kajian dari Hospital Chrischurch, New Zealand menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap, menyebabkan bayi mereka ketika dilahirkan sukar bernafas.

Kredit foto: hdwallpapersos

<< Ketahui khasiat air barli di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Tutorial Hijab Terkini Selendang Moden Chiffon

Next post

Mamee Hangatkan Kempen Raikan No.1 Mamee

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *