ModeStail

11 Tips Pilih Kasut Sukan

Kasut Sukan - Women Online Magazine

Foto: tomwinterbottom

Kasut Sukan. Ia direka untuk memberikan perlindungan kepada kaki serta mengelakkan kecederaan.

Untuk tujuan tersebut, kasut sukan perlulah sesuai dengan saiz kaki.Kasut sukan yang terlalu sempit, terlalu rendah atau terlalu besar boleh mengakibatkan ketidakselesaan, kecederaan dan juga kecacatan kekal.

Biarpun gaya dianggap sebagai faktor utama dalam pemilihan kasut sukan, faktor yang lebih penting yang perlu diambil perhatian ialah dari sudut pandangan pembuatan kasut tersebut. Kasut sukan itu perlulah mempunyai ciri-ciri tahan lasak serta mampu memberi perlindungan dan keselesaan kepada kaki pemakainya.

Perbezaan Kasut Sukan Dengan Kasut Lain

Fungsi utama kasut sukan adalah memberi perlindungan kepada kaki akibat tekanan spesifik yang diperoleh daripada aktiviti sukan yang dilakukan. Misalnya, kasut jogging akan direka berlainan dengan kasut yang digunakan untuk senamrobik. Kelainan tersebut merangkumi kepelbagaian bahan, berat, pembinaan tali dan sebagainya.

Kasut sukan direka khusus bagi memberi perlindungan sewajarnya kepada bahagian kaki yang menerima banyak tekanan sewaktu aktiviti sukan. Kasut yang tahan lasak dan selesa pasti akan mengelakkan kaki anda daripada kelepuhan dan masalah kulit yang lain.

 

Tips Memilih Kasut Sukan

1. Gunakan kasut yang sesuai dengan aktiviti yang dilakukan.

 

2. Ukur kaki sebelum membeli kasut kerana lebar kaki mungkin bertambah seiring dengan usia.

 

3. Pilih kasut yang lembut pada bahagian atas, dibuat dari bahan yang mudah lentur agar sesuai dengan bentuk kaki. Kulit lembut adalah pilihan terbaik kerana ia tidak menyakitkan kaki.

 

4. Beli kasut pada waktu petang kerana kaki akan mengembang setelah berjalan seharian.

 

Baca Juga: Senaman Menghilangkan Lemak Di Perut

 

5. Cuba kedua-dua belah kasut, pakai dan ikat talinya. Kemudian berjalan sekeliling kedai kasut untuk menguji keselesaan kasut.

 

6. Pastikan buku lali kaki tidak tenggelam ke dalam kasut.

 

7. Harus ada ruang seluas satu setengah ibu jari tangan, antara ibu jari kaki dengan bahagian dalam hujung kasut.

 

8. Kasut sukan yang kerap digunakan harus diganti setiap 18 bulan. Ini disebabkan kasut yang lusuh boleh menyebabkan kesakitan otot betis dan tekanan pada kaki.

 

Baca Juga: Cara Mengatasi Lenguh Kaki

 

9. Pastikan ada ruang untuk ibu jari dan jari kaki anda bergerak.

 

10. Pegang kasut di bahagian tapak kaki dan cuba lipatkan, kasut yang baik dan sesuai untuk berjoging atau berjalan mesti boleh dilenturkan.

 

11. Pilih tapak kasut yang tebal dan lembut dari buatan yang baik. Ia dapat mengurangkan tekanan semasa berjalan, terutama di atas permukaan yang keras.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya!

<< Ketahui kebenaran kasut flat yang dikatakan terbaik buat kaki anda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Hari Terakhir Tengok Motor-Motor Besar! Jom Ke Sana!

Next post

Kesal Ditangkap Khalwat Dengan Suami Orang

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *