SenamanSihat

5 Cara Atasi Kecederaan Semasa Bersukan

kecederaan ketika bersukan - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Aktiviti bersukan penting untuk mengekalkan stamina kita. Jom ketahui 5 cara atasi kecederaan ketika bersukan di sini..

Bersukan adalah antara perkara yang perlu diamalkan oleh kita semua bagi memastikan diri kita kekal cergas serta tahap kesihatan terus terjamin.

Kini skop untuk bersukansemakin luas, terdapat pelbagai jenis. Antaranya sukan ekstrem,  kardiovaskular, senaman fizikal hinggalah ke senaman pasif seperti tai chi.

Namun, tidak dinafikan apabila anda bersenam, risiko untuk anda ditimpa kecederaan adalah tinggi. Ia bergantung kepada jenis dan kapasiti senaman yang anda lakukan. Lebih ekstrem dan tinggi kapasiti senaman anda, lebih tinggi risiko anda ditimpa kecederaan.

Kecederaan Ketika Bersukan

Terdapat pelbagai punca yang  boleh menyebabkan anda mengalami kecederaan ketika bersukan. Antara punca utama adalah apabila pertembungan di antara satu sama lain, seperti bola sepak, futsal dan ragbi.

Ia juga boleh disebabkan hentakan daripada pihak lain atau daripada peralatan sukan yang digunakan yang mungkin berpunca daripada pihak lawan atau kesilapan anda sendiri.

Selain itu, kecederaan ketika bersukan mungkin berpunca akibat anda terjatuh atau anda melakukan senaman yang dilakukan melampaui had yang ditetapkan.

Jenis-Jenis Kecederaan

Jelas terdapat pelbagai jenis kecederaan yang bakal dihadapi ketika bersukan. Antara kecederaan yang sering dialami ialah:

1.   Luka dan Lebam

Boleh dikategorikan sebagai kecederaan paling ‘ringan’ ketika bersukan. Ia mungkin disebabkan pergeseran, tidak kira daripada pihak lawan, peralatan sukan atau daripada permukaan di sekeliling anda.

Kesakitan yang dialami tidaklah begitu serius. Kepedihan dan kesakitan yang dialami mungkin tidak lama, paling maksimum lingkungan seminggu. Namun, memerlukan rawatan yang segera untuk memastikan ia tidak menjadi lebih teruk.

2.   Ketegangan Otot

Kekejangan otot berpunca akibat pengecutan otot yang tidak terkawal seterusnya menyebabkan ia tidak dapat berehat secara normal. Dalam keadaan normal, otot akan mengecut dan berehat secara sekata. Namun, tindakan otot yang mengecut secara tiba-tiba menyebabkan terjadinya kekejangan.

Ketegangan otot mungkin mengambil masa yang sedikit, mungkin beberapa saat atau minit. Namun, ia juga boleh mengambil masa yang panjang, bergantung kepada tahap kesihatan invidu tersebut.

3.   Kecederaan Lutut

Kecederaan lutut sering kali terjadi kepada sukan yang memerlukan pergerakan yang licah, seperti badminton. Ia berlaku apabila tulang-tulang kaki bergerak ke arah yang bertentangan dengan bebanan berat badan. Ligamen yang terlibat adalah anterior cruciate ligament yang berada di tengah-tengah lutut, akan koyak sama ada sedikit atau koyak keseluruhannya.

4.   Kecederaan Tendon Achilles

Kecederaan ini sering dialami kepada sukan yang menggunakan banyak larian dan pecutan.

Tendon Achilles ialah urat tendon besar  yang menghubungkan otot Gastronemius dan otot Soleus dengan tulang tumit kaki (Camcaneus) yang terletak dibelakang kaki. Peranan tendon ini adalah untuk menolak kaki  ke depan ketika berjalan dan berlari. Kajian mendapati punca utama ialah tisu yang merosot dan hilang struktur asal serat tisu.

5.   Patah Tulang

Ia adalah antara kecederaan ketika bersukan yang paling serius dan mengambil masa yang lama untuk pulih. Selalunya, ia disebabkan hentaman yang kuat daripada permukaan sekeliling atau daripada pihak lawan. Kecederaan patah tangan dan kaki adalah yang antara kerap berlaku akibat sukan.

Bagaimana Hendak Merawat Kecederaan?

Jika seseorang itu mengalami masalah kecederaan ketika bersukan, ia memerlukan rawatan segera ke pusat kesihatan di klinik atau hospital. Namun, bagi kecederaan ringan ia boleh dirawati dengan cara mudah, iaitu dikenali sebagai keadah RICE. Ianya boleh diaplikasi kepada diri anda sendiri dan rakan-rakan anda yang terlibat dengan kecederaan.

Cara melaksanakan kaedah RICE ialah:

a)   Rest (Rehat): Rehat atau berhentikan aktiviti yang boleh menyebabkan kesakitan pada diri. Guna peralatan yang mampu menyokong pergerakan anda, seperti tongkat dan kerusi roda.

b) Ice (penggunaan ais): Gunakan ais dan balutnya menggunakan kain atau plastik, kemudian tekapkan pada bahagian luka atau otot yang tercedera. Ia mampu mengurangka  luka, bengkak dan ketegangan otot.

c) Compression (balutan): Ambil kain balutan untuk mengurangkan luka atau bengkak yang anda alami. Boleh didapati di mana-mana farmasi.

d)  Elevation (gantung): Letakkan anggota yang terlibat lebih tinggi dari jantung anda supaya  dapat  mengurangkan kekejangan otot dan bengkak.

Ternyata bersukan juga mempunyai risiko yang tinggi untuk dilanda kecederaan. Pastikan anda mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengurangkan risiko kecederaan  ketika bersukan iaitu melakukan senaman memanaskan badan, memakai peralatan perlindungan dan sebagainya.

Amalkan senaman sebagai gaya hidup anda yang sihat.

<< Jom ketahui manfaat memanaskan badan sebelum bersenam di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Tanggungjawab Anak Perempuan Kepada Ibu Bapa

Next post

Ketahui Petua Menghalau Lipas Di Rumah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *