ProblemSihat

Ketahui Cara Mudah Atasi Masalah Bau Kaki

Bau Kaki - Women Online Magazine

Foto: s.hswstatic

Ramai yang mengalami masalah bau kaki dan ia terjadi ketika menggunakan kasut ataupun sandal. Bau yang cukup menyengat itu sering terjadi ketika kita memakai dan menanggalkan kasut.

Aroma yang cukup menusuk hidung itu pantas sahaja menyebar. Tentu ada di antara kita yang binggung, kenapalah bau busuk itu boleh wujud sedangkan kita sduah sebaik mungkin menjaga kebersihan kasut dan stoking.Sebenarnya ada banyak faktor yang menyebabkan kenapa kaki berbau selain daripada kurangnya menjaga kebersihan kaki dan stoking.

Penyebab bau kaki secara biologinya adalah kerana disebabkan oleh peluh pada kawasan kaki yang telah bercampur dengan bakteria. Inilah yang menyebabkan timbulnya bau yang tidak menyenangkan, ‘melekat’ walaupun sudah dibersihkan dengan air dan sabun.Oleh sebab itulah sangat penting untuk kita merawat setiap inci bahagian tubuh termasuklah mengatasi masalah bau kaki ini. Lebih-lebih lagi, orang akan menilai diri kita daripada cara kita menjaga kebersihan seluruh tubuh kita.

Berikut beberapa cara mudah yang boleh anda cuba untuk mengatasi masalah bau kaki tersebut

  1. Bersihkan Kaki Secara Rutin

Penyebab terbesar bau kaki adalah adanya peluh pada kawasan kaki yang telah bercampur dengan bakteri. Jadi, anda perlu rajin membersihkan kaki setiapkali memakai kasut. Selalulah membersihkan kaki kerana ia boleh membunuh bakteria-bakteria yang melekat.

  1. Khasiat Air Perahan Lemon

Lemon sangat berkesan untuk membantu mengatasi bau pada kaki. Caranya sangat mudah, rendam kaki anda dengan air perahan lemon. Tambahkan sedikit air sejuk, dan biarkan selama 10-15 minit. Lakukan setiap hari. Air perahan lemon ini sangat berguna untuk mengawal kelembapan kaki serta memberikan bau segar pada kaki.

  1. Serbuk Kopi

Terlalu banyak khasiat kopi, di antaranya boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk mengatasi bau kaki. Anda cuma perlu masukkan sedikit serbuk kopi di dalam plastik atau uncang, lalu di simpan di bahagian bawah kasut anda.

  1. Tabur Baking Soda

Masalah bau kaki boleh di atasi dengan cara menggunakan baking soda. Caranya taburkan baking soda pada kasut untuk mencegah bau yang tidak sedap pada kaki. Fungsi lain baking soda ialah menjaga kaki agar  tetap kering ketika melakukan aktiviti.

Tips Ekstra!

  • Cuci kaki dengan sabun dan air suam dua kali sehari, kemudian keringkannya sehingga ia benar-benar kering.
  • Gunakan  stoking material cotton agar kaki tidak lembab.Hindari penggunaan stoking yang diperbuat daripada bahan nylon.
  • Pakai sandal yang terbuka pada bahagian depan, terutama ketika cuaca sedang panas. Ketika di rumah, biarkan kaki anda bebas.
  • Jangan pakai kasut yang sama selama dua hari berturut-turut. Sebaiknya gunakan kasut lain ya.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kenapa Mesti Cari Kerja Baru Di Tahun Baru?

Next post

Hilangkan& Kecutkan Jerawat Di Muka Dengan Khasiat Teh Bunga

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *