Selera

Resepi Puding Laici

Puding Laici - Women Online Magazine 

Kredit Foto: taste

Puding Laici. Ia adalah sejenis puding yang digemari ramai. Puding laici, sejenis pencuci mulut yang mudah disediakan dan sangat enak dimakan sejuk.

Menggunakan bekas yang pelbagai bentuk dan jenis, pudding laici boleh dihasilkan dalam pelbagai saiz yang mampu memikat selera seseorang.Puding laici juga sering dijadikan hantaran merisik atau bertunang.Ia juga dihidangkan sebagai hidangan untuk aktiviti santai.

Nikmatinya ketika panas terik sangat mengasyikkan! Jangan tak tahu, membuat puding laici sangat mudah!

 

Dapatkan Juga: Resepi Puding Trifle

 

Resepi Puding Laici

Bahan-bahan:

  • 5 gram serbuk jelly
  • 2 ½ cawan air
  • 200 ml susu sejat
  • 4 sudu gula pasir
  • 1 tin laici (kisar 1 1/2 ½ isinya)
  • 1 helai daun pandan

Cara memasak:

  • Masukkan gula dan sernuk jelly ke dalam periuk yang berisi air. Kacaukan sehingga serbuk jelly tadi larut.
  • Selepas itu, masukkan semula daun pandan dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Matikan api.
  • Masukkan susu cair dan isi laici yang dikisar tadi. Kacau dan tuang ke dalam bekas sesuai. Biarkan hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam.
  • Hidangkan bersama hirisan laici yang lebih tadi. Jika anda inginkan puding anda berkuah, tuangkan air laici dalam tin tadi sebagai penambah rasa.

 

Info Extra!

Khasiat Laici

  • Kaya dengan vitamin C dan mempunyai kandungan rendah lemak dan kolestrol.
  • Mengandungi jumlah mineral yang sangat baik seperti kalium.
  • Buah laici mampu mengekalkan kesihatan dan mengawal masalah berat badan.
  • Potassium dalam laici membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah, dengan itu, ia menawarkan perlindungan terhadap penyakit jantung strok dan koronari.
  • Kaya dengan tembaga yang penting untuk proses hemoglobin dimana ia bergabung dengan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat.
  • Buah laici melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya.Dipercayai mengandungi oligonol yang berfungsi sebagai anti-oksida dan anti-selesema

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE resepi ini ya!

<< Dapatkan resepi sogo gula melaka yang sungguh enak di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Manfaat Kulit Pisang

Next post

5 Senaman Ringkas Buat Anda Yang Sentiasa Sibuk

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *