ProblemSihat

15 Gejala Yang Sering Dihadapi Penghidap Rabun Silau

rabun silau - women online magazine

Kredit Foto: ecpnetwork

Rabun Silau. Selain rabun jauh dan dekat, rabun silau merupakan masalah besar yang sering dihadapi oleh kebanyakan individu di seluruh dunia.

Masalah rabun silau bukan sahaja menyukarkan penglihatan secara normal, malah ia sering menganggu pemandangan seseorang yang memandu kenderaan terutama pada wkatu malam.Pada masa kini, memiliki gajet ataupun telefon sendiri bukanlah satu perkara yang asing bagi individu. Malahan, ia telah bertukar menjadi satu keperluan asas bagi setiap orang, tidak terkecuali pada kanak-kanak. Kebanyakan ibu bapa sekarang lebih cenderung untuk menjadikan tablet sebagai alat permainan bagi anak mereka.

Ternyata tindakan mereka ini adalah salah kerana ia mendorong kepada masalah rabun silau. Pendedahan mata kepada skrin cerah dalam jangka masa yang panjang menyebabkan masalah rabun silau.

 

Baca Juga: Sakit Mata Merah

 

Apa Itu Rabun Silau?

Rabun silau atau nama perubatannya ‘astigmatisme’ berlaku disebabkan imej yang terbentuk lebih dari satu titik focus oleh permukaan kornea yang tidak rata. Apabila ini berlaku, cahaya yang masuk tidak dapat difokuskan pada satu titik sahaja lalu membentuk imej yang kurang jelas.

Gejala Yang Kerap Dihidapi Oleh Penghidap Rabun Silau:

  1. Imej atau objek yang dilihat adalah kurang jelas.
  2. Berasa perit pada bahagian mata.
  3. Sakit kepala di mana tahap kesakitan sakit kepala yang berbeza-beza mata.
  4. Mudah merasa letih.
  5. Mata tidak selesa.
  6. Imej dekat dan jauh kelihatan kabur
  7. Sensitif pada cahaya
  8. Ketegangan mata
  9. Mata berair
  10. Pandangan berlapis
  11. Penglihatan ‘upside down’
  12. Pandangan terherot
  13. Juling iaitu keadaan mata yang tidak selari antara satu sama lain
  14. Susah memandu pada waktu malam dan kadang – kadang pandangan nampak dua
  15. Mata sering berkelip atau sering menutup mata

Tips Untuk Mengatasi Masalah Rabun Silau

  • Lihat pokok hijau dalam tempoh 10 minit pada setiap pagi. Tetapi anda hendaklah berdiri di satu posisi sahaja dan fokus kepada titik tersebut.
  • Elakkan untuk membaca buku atau melihat skrin telefon dalam suasana cahaya yang samar.
  • Banyakkan makan makanan yang mengandungi sumber Vitamin A seperti minum jus lobak merah, tetapi jangan menggunakan gula dan ais.
  • Jangan melihat skrin komputer terlalu lama. Setiap 30 minit,rehatkan mata anda dengan pejam dan celik berulangkali untuk meregangkan otot mata.
  • Makan supplement Vitamin A untuk membantu kesihatan mata.

 

Baca Juga: Petua Hilangkan Mata Bengkak

 

Rawatan Yang Diperlukan Oleh Penghidap Rabun Silau:

1. Cermin mata

Pemakaian cermin mata adalah satu cara yang mudah dan selamat untuk semua orang. Malah, ia menjadi pilihan ramai kerana pelbagai reka bentuk cermin mata.

2. Kanta lekap

Kanta lekap memberikan keselesaan yang lebih berbanding memakai cermin mata. Terdapat kanta lekap khas untuk penghidap rabun silau tinggi iaitu kanta lekap Torik atau RGP. Namun, langkah penjagaan dan pemakaian kanta lekap yang selamat dan betul perlu dititikberatkan untuk mengelak sebarang komplikasi pada mata.

3. Pembedahan Kornea

Pembedahan kornea merupakan langkah akhir untuk merawat rabun silau ini. Teknik laser akan digunakan untuk menghapuskan kelengkungan kornea yang tidak sekata dan menjadikannya lebih berbentuk sferikal. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat dari doktor pakar jika anda merancang untuk melakukan pembedahan.

 

Tips Memilih Cermin Mata Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak:

  • Benarkan anak anda memilih bingkai mereka sendiri mengikut citarasa mereka.
  • Pilihlah bingkai plastik kerana ia tahan lama dan tidak membahayakan kanak-kanak terutamanya sekiranya anak anda berumur dua tahun dan ke atas.
  • Sekiranya anak anda mahu memilih untuk menggunakan bingkai logam, pastikan cermin mata mereka mempunyai engsel spring kerana ia lebih tahan lama. Walaubagaimanapun,cermin mata bingkai logam ini sesuai untuk kanak-kanak yang lebih besar.
  • Kanta khas yang dipanggil kanta tinggi indeks, yang lebih nipis dan lebih ringan daripada kanta plastik diperlukan oleh kanak-kanak yang mempunyai masalah mata yang teruk.
  • Pastikan terdapat satu tali elastik yang disertakan dengan cermin mata kerana ia akan membantu menjaga cermin mata tersebut sekiranya mereka sedang bergerak aktif seperti bermain.

Kesimpulan

Pantaulah perkembangan penglihatan anak anda sekiranya anak anda banyak terdedah kepada gajet,permainan video dan sebagainya.Dapatkan rawatan awal daripada doktor sebelum rabun silau menjadi bertambah buruk.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui cara untuk meredakan sakit mata (merah) di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Cara Miliki Kulit Putih Gebu

Next post

7 Cara Terbaik Untuk Mengatasi Masalah Rumah Tangga

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

5 Comments

  1. September 10, 2015 at 10:24 am — Reply

    […] tempoh masa yang panjang. Selain menyihatkan, sering mengamalkan makan buah prune juga mengekalkan ketajaman […]

  2. August 12, 2016 at 11:24 am — Reply

    Kalau bag budak-budak pakai spek mata membuatkan mereka rimas. Tapi kalau suruh makan lobak atau sayuran hijau susah pula mereka nak makan.

    Jadi, nak tak nak kena bagi pakai spek juga.

    • December 30, 2018 at 1:45 pm — Reply

      Bagi diorang suplemen pun okay 😀

      • May 4, 2019 at 11:17 am — Reply

        Terima kasih atas perkongsian ilmu puan,dan sebaiknya jarakkan kedudukan mereka dengan televisyen atau gadget supaya tidak terlalu dekat kerana bleh menyebabkan kerosakkan pada mata.

  3. Maisarah
    November 7, 2016 at 10:12 pm — Reply

    Mata saya sering pedih,penat dan kepala saya sakit jika lihat telefon..adakah ini tanda2 rabun

Leave a Reply to Jaja Zaleha Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *