ProblemSihat

Ghairah Kanta Lekap.Taksub Nak Nampak Comel, Sanggup Tanggung Risiko Mata Rosak!

Kanta Lekap - women online magazine

Anda gemar memakai kanta lekap? Bahkan sanggup membeli, asalkan ia murah tanpa mengira kesannya?

Lambakan kanta lekap murah di pasaran mahupun dalam talian (online) nyata membuatkan mereka yang ‘gila’ fesyen berpusu-pusu memilikinya tanpa menyedari kesan sampingan yang amat berbahaya terhadap mata mereka.Trend memakai kanta lekap berwarna sebenarnya sudah lama menular dalam kalangan remaja terutamanya mereka yang masih bersekolah memandangkan harga yang ditawarkan amat rendah sekitar RM20 hingga RM30 sepasang.

Jadi, sebahagian daripada pengguna sanggup mengambil risiko asalkan mata mereka tampak cantik yang kononnya mengikut peredaran fesyen terkini dengan alasan mahu meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan masyarakat.Ajaibnya kanta lengkap bukan saja berupaya mengubah penampilan anda dalam sekelip mata, malah penggunaannya juga boleh membangkitkan `tarikan’ pesona wajah.

Malah kebanyakan wanita yang bercermin mata biasanya tidak akan teragak-agak untuk beralih kepada kanta lekap. Satu sebab utama adalah untuk kelihatan cantik. Kedua, lebih selesa dan mudah diuruskan.Di Malaysia, trend membeli kanta lekap di kedai optikal tanpa preskripsi daripada pakar mata semakin ketara. Kebanyakan pengguna,terutamanya yang memakai kanta lekap berwarna untuk tujuan kosmetik, tidak mengambil peduli risiko yang bakal dihadapi.

Mereka tidak membuat pemeriksaan mata dengan teliti atau mendapatkan khidmat nasihat tentang penjagaan kanta lekap dengan sempurna. Pembelian kanta lekap diibaratkan membeli lampin pakai buang sahaja. Namun, tahukah anda trend ini boleh membahayakan pengguna memandangkan setengah komplikasi akan menyebabkan kerosakan kekal terhadap tisu kornea.

  • Kesan Penggunaan Kanta Lekap

Iritasi

Kesan penggunaan yang pertama adalah iritasi (kegatalan). Iritasi ini disebabkan oleh jangkitan mata dan boleh mengakibatkan kebutaan. Anda pasti tidak mahu mata anda yang sangat bernilai itu buta kan? Oleh itu tangan harus dicuci bersih semasa memakai kanta lekap agar tidak dijangkiti bakteria sewaktu pemakaian.

Mata memerlukan oksigen.Pada waktu tidur, kadar oksigen pada mata berkurangan sehingga 1/3 dari ketika mata dalam keadaan berjaga pada waktu siang.Pemakaian kanta lekap pada waktu tidur akan menyebabkan pengurangan oksigen yang ketara dan boleh mengakibatkan lapisan permukaan mata mudah mengalami pembengkakan terutama pada waktu pagi. Pemakai kanta lekap dengan itu disaran menanggalkannya sebelum tidur.

  • Mata Merah

Kira-kira 23 peratus pengguna kanta lekap berdepan dengan masalah mata menjadi merah. Kanta lekap juga boleh menyebabkan lapisan mata mudah tergores.Tanda awalnya ialah mata menjadi merah. Pemakai kanta lekap perlu menanggalkan kanta apabila mata nampak merah. Jika anda hanya membiarkannya,mata berpotensi dijangkiti kuman. Jika bakteria tersebut merupakan jenis yang sangat mudah berjangkit, permukaan selaput mata anda boleh bertukar putih dalam masa 24 jam. Kira-kira 37 peratus pengguna kanta lekap juga turut menghadapi masalah mata terasa kering, manakala dan 19 peratus lagi tidak selesa dengan penggunaannya. Selain itu, sesetengah pengguna turut menghadapi masalah jangkitan kuman dan fungus serta masalah ulser kornea.

 

  • Tips penjagaan kanta lekap

Namun dalam keselesaan memakai kanta lekap, anda harus fahami cara penjagaan yang betul sebelum memakai kanta lekap. Oleh itu, WOM.my ingin berkongsi dengan anda tips penjagaan kanta lekap untuk panduan anda.

1. Basuh tangan sebelum guna

Anda harus menjadikan membasuh tangan sebelum memakai kanta lekap sebagai satu kebiasaan. Namun membasuh tangan tersebut mestilah menggunakan air yang bersih dan disertakan dengan sabun untuk menghalang bakteria dari terus melekat di tangan. Jangan pula selepas membasuh tangan anda menyapu bahan kimia seperti serum rambut, losyen tangan kemudian memakai kanta. Bahan kimia yang ada nanti akan termasuk sekali ketika anda membasuh kanta lekap di tapak tangan. Akibatnya, apabila anda memakai kanta lekap, mata anda anda berasa pedih dan penglihatan menjadi kabur. Seeloknya, keringkan dengan tuala kering.

2. Sentiasa cuci kanta lekap anda menggunakan air pencuci khas (solution)

Cara penjagaan kanta lekap berbeza mengikut jenis kanta lekap yang dipilih. Apa yang penting, sentiasa cuci bekas kanta lekap setiap hari dengan menggunakan air suam dan lap dahulu.

3. Jangan guna air paip

Walaupun anda menggunakan air paip yang sudah ditapis, ianya tidak menjamin kebersihan kualiti air tersebut. Pastikan anda membasuh kanta lekap dengan menggunakan air khas untuk kanta lekap.

4.Buang kanta lekap jika merasa pedih mata apabila guna

Apabila mata anda berasa pedih dan kelihatan kemerah-merahan, buang kanta lekap yang dikhuatiri telah lama digunakan dan mempunyai habuk di dalamnya. Cuci semula dengan air pencuci khas, kemudian pakai semula. Jika masalah berulang kembali, berhenti memakai dan dapatkan khidmat nasihat daripada doktor.

5.Pakai cermin mata gelap dengan perlindungan UV

Apabila anda memilih untuk memakai kanta lekap, ianya akan menjadi lebih sensitif dengan sinaran cahaya matahari (UV) maka pastikan ketika anda memandu kereta atau berjalan di tempat terik matahari, pakai kacamata hitam untuk mengelakkan kanta lekap anda rosak.

6.Pakai kanta lekap sebelum mula bersolek

Seeloknya, letak dahulu kanta lekap di mata sebelum memakai alat solek. Jika anda memakai kanta lekap selepas bersolek, dikhuatiri alat solek akan masuk ke dalam mata dan menyebabkan mata pedih.

 

Ayuh, kita lihat juga beberapa tips berguna dalam pemilihan kanta lekap yang sesuai untuk anda:

  • Tip Memilih Kanta Lekap

Terdapat pelbagai pilihan dan jenama kanta lekap berwarna yang anda boleh dibeli,tetapi jika anda ingin memakai kanta lekap berwarna, pemilihan warna sangat bergantung kepada:

  • Warna asal mata

Sekiranya warna mata semulajadi anda perang, kanta lekap yang berwarna violet, hijau atau biru mungkin sesuai untuk anda.

  • Warna kulit

Jika anda berkulit gelap, kanta berwarna terang juga sesuai untuk anda.Jika rambut, anda mempunyai bayang warna biru atau merah,kanta lekap berwarna panas seperti perang muda adalah pilihan terbaik.

  • Personaliti

Individu yang berkarakter ‘daring’ sememangnya lebih menyukai warna yang menonjol seperti biru, hazel dan turquoise. Jika anda seorang yang pemalu atau hanya mahukan penampilan yang semula jadi dan perubahan yang tidak ketara, pilihlah kanta lekap warna semulajadi.

Sekiranya anda memakai solekan mata, pilihlah warna kanta lekap yang menonjol daripada warna pembayang mata dan maskara yang akan dipakai. Jika solekan dan warna semulajadi mata bertona panas, anda boleh memilih kanta lekap berwarna hangat seperti hazel atau perang.

Tidak kira apa pun fesyen dan warna kanta lekap anda, pastikan anda memilih kanta lekap yang mempunyai preskripsi dari pegawai optometri. Elakkan membeli kanta lekap yang mudah didapati di mana- mana dengan harga yang sangat murah kerana dikhuatiri ia akan meninggalkan kesan negatif akibat pengunaannya kepada anda. Kanta lekap adalah sejenis produk bersih yang memerlukan penjagaan yang rapi serta pengguna yang menjaga kebersihan.

Kredit foto: deathandtaxesmag

<< Jika anda bercadang untuk membuat suntikan vitamin C, baca artikel Suntik Vitamin C ini terlebih dahulu. Klik di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Proton Iriz Ramai Yang Terpikat!

Next post

Anda Penggemar@Pengumpul Bekas-Bekas Plastik?Awas,Kandungan Bahan Kimianya Membunuh Secara Senyap!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *