ProblemSihat

Ketahui Penyebab Yang Membuatkan Mata Kita Berkedip-Kedip

Mata Berkedip - women online magazine

“Kenapalah mata nie kerap berkedip-kedip?Kadang-kadang mata sebelah kanan, ada masanya mata belah kiri. Apa petandanya nie?”

Memandangkan sejak zaman nenek moyang kita lagi telah menurunkan banyak warisan budaya dan mitos-mitos, mata berkedip juga tidak terkecuali dikaitkan dengan sesuatu perkara yang mengandungi unsur sesuatu alamat ataupun petanda.

Namun tahukah anda Eye twitching atau ‘Myokymia’ (saintifik) atau dalam Bahasa Malaysia diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau ada juga yang memanggil mata bergerak-gerak atau mata ‘bergerenyet’. Ia berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata. Kedipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata. Namun, kes yang biasa dijumpai adalah kedipan di bahagian bawah berbanding bahagian atas.

Kenapa Mata Berkedip-Kedip?

Punca-punca terjadinya ‘eye twitching’ ini ialah:

1. Stress

Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah berkaitan dengan ketegangan mata. Oleh itu anda disarankan untuk mengurangkan punca stress atau tekanan bagi mengelak daripada berlakunya eye twitching.

2. Terlalu Penat

Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.

3. Ketegangan Mata

Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan. Situasi ini akan menyebabkan eye twitching. Anda disarankan membuat pemeriksaan mata untuk mendapatkan kuasa kacamata yang baru.

Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk pengguna komputer.

4. Kafein dan Alkohol

Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching.

5. Kekeringan Mata

Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer,pengambil ubat(antihistamin,antidepressant)dan pemakai kanta sentuh.

6. Alergi

Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan airmata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching. Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching. Walaubagaimanapun diingatkan antihistamin akan menyebabkan  mata kering. Oleh itu, cuba dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.

 

Info Ekstra

Ada orang mengatakan mata berkedip ini ada kaitan dengan hati dan perasaan kita. Malah ada juga yang cuba ‘meramal masa depan' dengan mengatakan akan terjadi sesuatu yang tidak kita sangkakan, sama ada perkara itu baik atau tidak baik.

Berikut merupakan antara mitos tentang mata berkedip:

  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – akan berjumpa dengan orang jauh atau akan mendapat berita baik.
  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira.
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah mahu berjumpa dengan anda.
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik/musibah).

Kesimpulan:

Namun, anda diingatkan supaya tidak terlalu memikirkan kata-kata atau ramalan orang dulu-dulu ini.Nanti terpesong pula akidah kita dan boleh membawa kepada syirik. Apa yang penting, kita kena sentiasa berdoa memohon pada Allah SWT agar dijauhkan daripada segala bencana dan bahaya.

 

Kredit foto: msnbcmedia.msn.com

<< Semak 5 petanda yang menunjukkan anda tak cukup rehat di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

“Kuasa” Senaman Kagel @ Senaman Kemut. Seks Makin “Hot”!

Next post

Jerawat Suka Tumbuh Di Badan?Jangan Risau, Ada Cara Untuk Menghalangnya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *