ProblemSihat

Anda Dijangkiti Sakit Mata Merah?

sakit mata merah - women online magazine

Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, penyakit mudah sahaja merebak, termasuk sakit mata!

Mata adalah salah satu organ tubuh yang sangat penting.Tanpa mata, kita tidak dapat melihat atau menikmati hidup ini dengan lebih sempurna. Jadi, betapa pentingnya kita bersyukur dengan nikmat yang telah Tuhan berikan ini serta menjaga kesihatan mata sebaik-baiknya supaya bebas daripada pelbagai serangan penyakit mata. Salah satu penyakit mata yang sering menyerang ialah sakit mata merah atau ‘conjunctivitis'. Walaupun gangguan ini tidak terlalu serius, namun penyakit ini cepat merebak.

Biasanya gejala awal penyakit ini, mata kelihatan merah dan disertai rasa gatal dan bengkak. Selain itu, mata juga akan mengeluarkan cecair berwarna putih,bening dan kuning, seolah-olah bertahi mata serta mata jadi berair seperti mahu menangis! Penyakit mata merah ini juga selalunya menyerang sebahagian mata kanan atau kira sahaja. Jika terkena pada kedua-dua belah mata, ini bermakna salah satu bahagian mata yang tidak terkena telah dijangkiti.

Jika mata anda kelihatan merah lebih daripada dua hari, disertai dengan rasa gatal, pedih dan penglihatan menjadi sensitif terhadap cahaya, sebaiknya terus berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan. Menundanya hanya akan membuatkan keadaan mata anda menjadi bertambah parah.

  • Punca Penyakit Mata Merah

Virus, bakteria dan alergik.  Jika penyakit mata ini disebabkan oleh virus, ia boleh merebak. Jika anda terkena, tidak mustahil mereka yang berada di sekeliling anda juga akan terkena. Sekiranya ia berpunca daripada bakteria, penyakit mata merah ini boleh menjadi bernanah. Manakala alergik, biasanya disebabkan oleh zat kimia ataupun benda asing seperti debu, bulu binatang dan sebagainya. Usahakan membersih benda asing atau zat kimia yang menyebabkan mata menjadi merah dan mengalami alergi. Pemakaian kanta lekap, terutama dalam jangka waktu yang panjang juga boleh menyebabkan penyakit ini.

  • Langkah Pencegahan

Jika anda menderita penyakit mata merah ini, anda perlu menjaga keadaan ini supaya penyakit tersebut tidak jadi semakin parah sehingga memperlambatkan lagi proses penyembuhannya.

  • Apa yang perlu anda lakukan adalah:

1. Usahakan untuk duduk di rumah sahaja dan banyakkan berehat. Jangan dedahkan diri dan bergaul dengan orang -orang di sekeliling anda kerana ia boleh berjangkit kepada orang lain.

2. Cuba tekap mata anda yang merah itu dengan menggunakan air sejuk atau ketul ais agar dapat meredakan pembengkakan mata.

3. Untuk mengurangi kegatalan pada mata, elakkan mengaruk atau menggosok-gosok pada bahagian tersebut.

4. Cecair yang keluar dari mata boleh dilap atau dibersihkan dengan air suap dengan menggunakan kapas atau tisu.

5. Untuk mencegah keadaan agar tidak menjadi bertambah parah, hindari perkongsian barang termasuk ubat titis mata atau antibiotik.

6. Cuci tangan sekerap yang mungkin untuk mengurangi penularan kepada orang lain.

Kredit foto: eye-emporium

<< Ketahui Penyebab Virus Ebola Menular, maklumat selanjutnya klik link ini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Kek Cawan"Gembira"

Next post

7 Tips Kurangkan Berat Badan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *