Petua PemakananSihat

Daun Kemangi Merawat Batuk & Selsema

Daun Kemangi - Women Online Magazine

Daun Kemangi adalah tumbuhan yang gemar tumbuh ketika musim hujan. Daun Kemangi adalah tumbuhan herba nativ di Asia Tenggara yang mempunyai pokok bersaiz kecil.

Tubuhnya dibalut oleh bulu halus yang selamat untuk disentuh. Di dalam bunganya, terdapat biji yang banyak dimanfaatkan oleh masyarakat sebagai bahan pengganti biji selasih. Daun Kemangi juga mempunyai rasa dan aroma khas.Aroma khasnya mengandungi sitral yang tinggi pada daun dan bunganya. Kemangi adalah tumbuhan tahunan yang tumbuh tegak dengan cabang yang banyak. Tanaman ini berbentuk perdu yang tingginya mampu mencapai 100cm. Bunganya tersusun di batang yang tegak.

Khasiat Daun Kemangi

  • Anti Peradangan

Daun kemangi mengandung zat cineole myrcene dan eugenol yang berperanan sebagai antibiotik semulajadi dalam tubuh. Antibiotik tersebut berperanan penting dalam mencegah terjadinya keradangan pada tubuh.

Daun ini mengandungi bahan yang mampu menjauhkan bakteria penyebab batuk dan selsema. Manfaat tersebut boleh anda dapatkan dengan meminum rebusan kemangi. Selain dapat mengelakkan batuk selsema, daun kemangi juga mampu menghangatkan tubuh.

Daun kemangi mengandung vitamin A yang mampu menjaga kesihatan mata. Cara menggunakannya adalah dalam bentuk minuman atau boleh juga dimakan mentah bersama nasi. Walaupun vitamin A yang terkandung dalam daun kemangi tidak sebanyak vitamin A dalam lobak, namun jumlah tersebut masih cukup untuk menjaga kesihatan mata.

Di dalam daun kemangi terdapat kandungan antibiotik semulajadi yang mampu membunuh kuman penyebab keputihan. Selain dapat mengelakkan keputihan, daun kemangi juga mampu menjaga aroma Miss V.

Mungkin tidak banyak yang tahu, bahawa daun kemangi mampu menyelesaikan masalah bau mulut dan badan. Oleh itu, banyak ramuan tradisional yang melibatkan daun kemangi untuk merawat masalah bau mulut dan badan.

Kegunaan dari tanaman ini adalah sebagai ubat kesihatan jantung. Hal tersebut kerana daun kemangi mengandung betakaroten dan magnesium yang sangat tinggi. Tidak hairan jika dengan mengambil daun kemangi, jantung anda akan tetap sihat.

<< Ketahui fungsi sebenar asid amino buat tubuh anda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Panduan Mudah Jaga Tali Pusat Bayi Baru Lahir

Next post

Kenapa Mesti Cari Kerja Baru Di Tahun Baru?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *