Resepi Kek Coklat Moist Meleleh
Foto: Sekadar Hiasan
Resepi Kek Coklat Moist. Teringin untuk cuba membuatnya sendiri. Jangan risau kerana Chef WOM.my sedia membantu.
Hari ini kek coklat moist telah menjadi kegemaran kepada sesiapa sahaja yang mencubanya. Dengan rasanya yang lembut, serta isinya yang sedap pasti membuatkan anda ingin menikmatinya lagi. Tapi kenapa perlu beli sedangkan anda boleh mencubanya sendiri.
Bahan-bahan kek ini akan diubah suai mengikut rasa, bentuk dan sebagainya. Ada yang menjadikan kek sebagai hiasan di candy buffet, hantaran, doorgift dan sebagainya. Jom cuba resepi kek coklat moist yang sedap ini.
Dapatkan Juga: Resepi Kek Marble
Bahan A:
1 cawan butter cair / minyak masak
1 cawan susu cair
2 cawan gula perang
1 cawan air panas
Bahan B (kacau rata- gunakan whisk):
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur gred B
Bahan C (ayakkan):
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
Coklat Topping:
250 gram coklat masakan
1 sudu besar butter
1 sudu kecil susu cair
Dapatkan Juga: Resepi Kek Tiramisu
Cara-Cara Membuatnya:
Panaskan oven pada suhu 175 celcius selama 10 minit.
Kacau bahan A supaya sebati.
Masukkan bahan B dan kacau rata.
Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
Lapikkan kertas minyak dalam Loyang 10×10 inci.
Bakar selama 45-50 minit.
Sejukkan kek dan salutkan dengan topping coklat
Dapatkan Juga: Resepi Kek Red Velvet Kukus
Cara-Cara Membuat topping:
Panaskan coklat dalam periuk/ bekas secara double boil
Bila coklat telah cair, tutup api dan campurkan butter, kacau sebati.
Masukkan susu cair dan kacau lagi.
Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.
Nota Kaki: Untuk anda di luar sana, selamat mencuba. Mungkin bagi mereka yang kali pertama membuat kek, mungkin kurang menjadi. Maklumlah pertama kali mencuba tentu ada yang kurang menjadi berbanding mereka yang mahir dalam bidang kek ini. Bak kata orang putih ‘practice make perfect’. Ok, jangan lupa SHARE RESEPI KEK COKLAT MOIST dengan kawan-kawan anda ya.
<< Berminat untuk belajar resepi pizza simple, klik sini
2 Comments
Thank you for sharing.
Semuga dapat ganjaran dari nya..
saya nk tau telur tu kena asing x antara putih n kuning? then kena pukul yg putih jd meringue x?
tq