CantikKulit

10 Rahsia Kejelitaan Wanita Dengan Khasiat Limau Purut

Limau Purut - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: 4.bp.

Limau purut atau nama saintifiknya, citrus hystrix ini tidak asing lagi di kalangan masyarakat. Buah limau purut berbentuk bulat tetapi menggerutu dengan rasa masam dan pahit.

Daun limau purut sering menjadi pilihan sebagai ramuan atau perisa untuk hidangan seperti tomyam, asam pedas dan laksa.Buahnya pula sering sebagai antara bahan penting upacara mandi bunga dan mandi wap yang memberikan kesegaran. Kini, perkembangan teknologi sedang menghasilkan minyak wangi dan haruman aroma terapi daripada pati limau purut.

 

Baca Juga: Khasiat Kulit Kayu Manis

 

Kelebihan Limau Purut

1. Bersifat antihysteria, anti tumor, pencuci asli, antiseptik, antibakteria dan banyak lagi.

2. Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan.

3. Membantu untuk merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

 

Baca Juga: Kulit Kepala Kering

 

4. Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan.

5. Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian, ia dapat menghilangkan bau badan serta melembutkan kulit.

6. Jika anda inginkan rambut yang bersih, cubalah mengambil buah limau purut. Belah dua dan perahkan jusnya di atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala. Rambut akan sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumumur.

7. Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak daripada masalah kekuningan pada gigi.

8. Sebagai wangian dalam aromaterapi. Kesegaran nyaman disekeliling ruang dalam rumah atau pejabat.

9. Ia mengandungi asid sitrik semula jadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit.

10. Bagi mendapatkan kesegaran selepas mengalami kepenatan, daun limau purut direbus terlebih dahulu. Rebusan itu kemudian dijadikan air mandian yang dapat memberi kepuasan dan menjadikan badan kembali segar dan bermaya.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui cara untuk putihkan muka secara selamat di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

8 Jenis Makanan Yang Menggemukkan

Next post

6 Tips Menjaga Rambut Bila Berhijab

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *