Petua PemakananSihat

Ais Krim Penuh Khasiat. Bukan Penyebab Batuk & Selsema!

ais krim - women online magazine

Sebut sahaja pastinya anda sedang terbayang keenakan rasa ais krim kegemaran anda. Ais krim sememangnya disukai ramai, lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Sebagai ibubapa,pastinya anda berasa risau jika anak-anak mengambil ais krim dalam jumlah yang banyak kerana bimbang si kecil anda akan mengalami selesema,batuk dan juga sakit perut. Hakikatnya,ais krim adalah makanan yang turut mempunyai zat.

Jom Kenali Khasiat Ais Krim

Bahan utama aiskrim iaitu susu mengandungi lebih daripada 100,000 jenis molekul. Selain air dan lemak, molekul-molekul itu merangkumi protein, karbohidrat, mineral, serta vitamin A, C dan D. Itulah sebabnya produk hasil tenusu termasuk ais krim ini memberi sumbangan yang tinggi kepada kesihatan tubuh.

Berdasarkan komposisinya, ais krim dibahagikan kepada tiga kategori iaitu ekonomi, purata yang baik, dan juga mewah. Ais krim komersial yang biasanya kita beli adalah dari jenis ekonomi. Ais krim yang berkualiti biasanya ditentukan oleh bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi dan proses pembuatannya yang bersih. Komposisi nutrien bagi setiap 100 gram ais krim ialah tenaga(207 kcal), protein (4.0 g), dan lemak (12.5 g).

 

Mitos Tentang Aiskrim

Benarkah aiskrim boleh menyebabkan penyakit batuk di kalangan kanak-kanak? Daripada sudut perubatan,ais krim bukanlah penyumbang seseorang itu batuk dan selesema kerana ketika makan aiskrim, ia akan pantas mencair. Oleh itu,sebaik sahaja ais krim masuk ke dalam kerongkong, suhunya sudah tidak sesejuk suhu ais.

Bahkan ketika anak sakit, tubuhnya kehilangan banyak cecair dan mudah mengalami dehidrasi. Keengganan mereka menjamah sebarang makanan atau minuman boleh menyebabkan sakit menjadi semakin teruk.

Alternatif ibu bapa dengan memberikan anak mereka ais krim dapat mengembalikan cairan yang hilang kerana ais krim mengandungi air. Apatah lagi rasa ais krim yang lazat pastinya digemari oleh kanak-kanak sekaligus mempercepatkan proses penyembuhan.

Ada pendapat yang mengatakan ibu hamil tidak boleh makan ais krim sewaktu tempoh kehamilan kerana dikhuatiri akan menyebabkan bayi dalam kandungan obesiti.

Ternyata pendapat ini salah kerana kerana ais krim dapat memberikan tenaga kepada si ibu hamil. Namun jumlah pengambilan ais krim yang disyorkan untuk ibu hamil adalah dua hingga tiga cawan setiap minggu.

 

Khasiat Ais Krim

1. Membantu Pertumbuhan Tulang Dan Gigi

Sekiranya anak anda membuat karenah tidak mahu makan,anda bolehlah melakukan alternatif ini dengan memberikan anak anda makan ais krim. Ini kerana ais krim mengandungi khasiat yang baik untuk pertumbuhan si kecil iaitu kalsium yang berperanan dalam pertumbuhan tulang dan gigi. Malah kandungan kalsium di dalam ais krim juga boleh menjaga kepadatan jisim tulang, mencegah osteoporesis, kanser dan hipertensi daripada berlaku.

2. Lemak Tidak Tepu Yang Tidak Menggemukkan

Ais krim mengandungi lemak tidak tepu yang tidak mengemukkan jika diambil dalam kuantiti yang sedikit dan tidak berlebihan.

3. Antibodi

Pastinya anda tidak tahu bahawa ais krim dapat bertindak sebagai antibodi kepada sistem pertahanan badan. Ini kerana ais krim mengandungi kandungan susu sebanyak 20-30% yang berperanan sebagai zat pertahanan tubuh terhadap pathogen iaitu agen penyebab penyakit.

4. Mengubati Tonsil

Ais krim berperisa Vanilla sememangnya terkenal untuk mengubati tonsil kerana khasiat Vanila ialah menenangkan saraf, mengurangkan berat badan dan menaikkan mood seseorang.

Kesimpulan

Kini tiada lagi alasan untuk tidak memberikan anak anda menikmati kelazatan ais krim. Selamat menikmatinya!

Kredit foto: fbstop

<< Ketahui 12 tips untuk mengatasi masalah tidur berdengkur di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Bahaya! Bila Selalu Sakit Perut Sebelah Kiri

Next post

Cara Mandikan Si Manja Yang Baru Lahir Dengan Selamat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *