FamiliPermata Hati

Cara Mandikan Si Manja Yang Baru Lahir Dengan Selamat

cara memandikan bayi baru lahir - women online magazine

Bagi ibu-ibu yang sudah mempunyai bilangan anak yang ramai, pasti tidak sukar untuk memandikan bayi mereka yang baru lahir. Namun, bagaimana pula bagi mereka yang pertama kali menjadi ibu.

Pastinya pertama kali ingin melalui pengalaman ini memberikan perasaan yang sangat teruja, tetapi di sebalik perasaan tersebut,timbul kebimbangan sekiranya air terlalu panas,besennya terlalu besar dan banyak lagi hal-hal yang boleh merisaukan si ibu tadi. Justeru, WOM.my kali ini akan memberikan panduan kepada si ibu yang ingin mempelajari cara-cara memandikan bayi yang baru lahir.

Jom semak panduan berikut:

Bagaimana cara selamat memandikan bayi yang baru lahir?

Bagi yang baru bergelar ibu atau ayah mungkin ada perasaan takut untuk memandikan bayi kerana bukan saja ia kecil, tetapi tubuhnya lembik itu membuatkan hati terasa bimbang akan terkasar dengan bayi. Apa yang perlu anda buat ialah pegang bayi anda dengan lembut dan penuh kasih sayang. Bayi tentunya akan berasa selamat dan selesa dengan belaian kasih ayah dan ibunya.Tiada yang boleh menandingi sentuhan kulit-ke-kulit untuk mengukuhkan ikatan antara si ibu dan bapa dengan bayi.

 

Persediaan awal sebelum mandikan bayi baru lahir

  • Sediakan perkakasan untuk mandian seperti tab mandian,tuala,sabun atau syampu mandian dan juga pakaian yang bersih.
  • Mandikan bayi anda di bilik yang tidak sejuk kerana bayi yang baru lahir akan hilang panas dengan cepat. Pastikan lantai kering dan selamat untuk mengelakkan risiko jatuh. Lebih mudah sekiranya anda mandikan bayi anda di dalam sebuah besen kecil,di atas singki di dapur kerana ia lebih mudah,cepat, tidak lenguh belakang, dan tidak perlu duduk.

 

Cara menyediakan air mandian untuk bayi baru lahir:

 

Cara memandikan bayi baru lahir

  • Seeloknya mandikan bayi baru lahir pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang.
  • Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
  • Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi kerana ia mampu melancarkan pengaliran darah bayi. Siramkan air mandian dan gosokkan sabun yang sesuai dengan bayi anda dengan lembut.
  • Seterusnya siramkan air mandian dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan anda digunakan untuk menggosok dahi. Lebih elok sekiranya proses mandian bayi anda ini disertai juga dengan suami anda.
  • Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah dijangkiti selesema atau jangkitan kuman.
  • Siraman yang terakhir hendaklah dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Anda tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi baru lahir ini kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
  • Selepas selesai mandi, balut tubuh bayi anda dengan segera dan jangan biarkan badannya terlalu lama terdedah kerana ia tidak baik untuk kesihatan si bayi. Tiupkan juga bacaan selawat nabi ke telinga kanan dan kiri bayi.
  • Lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Fokuskan pada bahagian bawah leher,bahagian punggung, paha dan ketiak. Cara mengelap adalah dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa kepada masalah paru-paru lemah.
  • Gunakan kapas dan air masak lain yang sudah disejukkan di dalam mangkuk yang bersih dan lap matanya, muka, bahagian di bawah dagu dan bahagian tali pusat. Semua bahagian itu perlu dibersihkan dengan betul kerana jika tidak, ia boleh membawa jangkitan pada kulitnya.
  • Setelah selesai proses mengelap,pakaikan bayi anda dengan baju dan bedung yang selesa. Pastinya bayi anda akan merasa nyaman dan berkemungkinan akan terus tertidur

 

Kekerapan untuk memandikan bayi baru lahir

Sebenarnya terpulang kepada anda berapa kerap anda mahu memandikan bayi anda. Waktu mandi boleh menjadi acara harian yang seronok dan relaks bagi anda dan bayi anda. Gunakan sabun lembut dan tidak mengandungi pewangi atau produk cecair mandian bayi dengan pH neutral. Jika kulit bayi anda terasa kering atau kemerahan, anda boleh mencampurkan sedikit emolien mandi ke dalam air mandian.

 

Perkara yang perlu anda elakkan ketika memandikan bayi baru lahir

Perkara yang paling utama dan paling penting ialah jangan tinggal bayi anda berseorangan dalam besen atau tab mandi. Pastikan segala kelengkapan berada di tempat yang mudah dicapai. Sekiranya ada orang mengetuk pintu atau jika telefon berbunyi dan anda rasa anda perlu menjawabnya, angkat bayi, balutkan dia dengan tuala dan bawa bersama anda.

Seorang ayah atau ibu yang baru pertama kali melalui pengalaman ini perlulah membuat persediaan yang secukupnya untuk memandikan bayi. Paling penting,jangan sesekali merasa gementar untuk memandikan bayi anda,sebaliknya tanamkan rasa yakin dengan kebolehan diri sendiri dalam menguruskan bayi. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa.

Kredit foto: ecx

<< Ketahui penyebab janin meninggal dalam kandungan di sini.

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ais Krim Penuh Khasiat. Bukan Penyebab Batuk & Selsema!

Next post

Kenapa Mesti Pakai Krim Malam? Ketahui Manfaatnya Di Sini!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *