FamiliPerkahwinan

6 Cara Anda Cepat Mengandung

cara agar cepat mengandung - women online magazine

Kredit Foto: sheknows

Cara Cepat Mengandung. Setelah melangsungkan perkahwinan, ada ramai pasangan suami isteri yang ingin cepat dapat anak.

Apatah lagi, jika kedua-dua belah pihak keluarga jenis yang suka bertanya, “dah mengandung ke, belum?”. Pertanyaan yang tanpa henti setiapkali anda dan suami bertemu mereka tentunya akan membuatkan anda ingin cepat mengandung.

Macam mana nak cepat dapat anak? Jom, semak enam cara cepat mengandung yang boleh anda dan suami  cuba praktik.

Selamat mencuba dan berusaha ya!

  •  1. Relaks & Tenang

Wanita yang terlalu berasa cemas biasanya mempunyai tahap kesuburan yang rendah. Hindarkan rasa cemas yang mengundang rasa stress agar anda boleh cepat mengandung. Biasanya pasangan suami isteri akan mendapat keturunan setelah setahun usia perkahwinan. Jadi, jika dalam waktu kurang setahun anda masih belum lagi menimang cahaya mata, perkara tersebut masih dianggap normal.

 

Baca Juga: Rahsia Anak Bijak

 

Jika setakat secawan kopi sehari, ia tidak berbahaya bagi kesuburan anda. Tetapi, jika sebaliknya ia memang akan memberikan efek buruk bagi kesihatan rahim serta turut mempengaruhi hormon wanita.

 

Makanan manis boleh mengundang obesiti dan juga diabetis. Bahkan turut menurunkan kesuburan serta memperkecilkan kemungkinan anda untuk cepat mengandung. Cuba jauhi makanan dan minuman manis, khususnya yang mengandungi pemanis buatan.

 

Baca Juga: Punca Kencing Manis

 

Makanan segera banyak mengandungi zat berbahaya yang boleh menurunkan tahap kesuburan. Jika anda merancang untuk cepat mengandung, sebaiknya hindari makanan segera dan tukarlah dengan pengambilan makanan yang sihat dan lebih berkhasiat.

 

Soya memang baik untuk kesuburan, tetapi jika diambil berlebihan boleh menganggu perjalanan hormon. Ini adalah kerana kandungan ‘fitoestrogen’ yang tinggi akan menganggu peranakan.

 

  • 6. Perlu Jaga Kebersihan Persekitaran

Racun boleh datang dari mana-mana sahaja. Supaya cepat mengandung, anda dan suami harus memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih, terutama ketika mahu melakukan hubungan intim. Singkirkan semua bentuk racun seperti botol-botol kecantikan yang diperbuat daripada bahan kimia berbahaya. Jauhkan juga pewangi ruangan dalam bentuk spray buat sementara waktu.

 

Nota Kaki: Jika suka, anda boleh SHARE artikel ini.

<< Ketahui tips merapatkan kembali vagina yang longgar di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Cara Tanam Tomato Supaya Senang Hidup

Next post

10 Lelaki ‘Hot’ Pujaan Ramai Wanita

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *