ProblemSihat

Atasi Penyakit Susah Tidur

Penyakit Susah Tidur - women onlne magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Tidur sangat penting untuk kesihatan. Adakah anda mengalami penyakit susah tidur?

Manusia menghabiskan sepertiga daripada waktu hidupnya dengan tidur.  Penyakit susah tidur atau insomnia sering dialami oleh ramai orang, tak kira tua, muda, lelaki ataupun wanita. Penyakit susah tidur ini boleh menyerang sesiapa sahaja kerana ia berkait rapat dengan keadaan diri seseorang yang mengalami stress.

Penyakit susah tidur ini sering dialami oleh kebanyakan mereka yang bekerja. Biasanya penyakit susah tidur ini terjadi pada ketika ada masalah dalam pekerjaan yang sudkar untuk diselesaikan sehingga ia menjadi beban kepada fikiran.

Bagi mengatasi penyakit susah tidur atau insomnia ini, anda boleh cuba:

Dekatkan Diri Dengan Tuhan

Insomnia atau susah tidur kerap terjadi disebabkan oleh beban fikiran. Oleh sebab itulah sebaiknya kita meminta pertolongan Tuhan untuk menyelesaikan masalah kita. Jika dihadapkan dnegan dua pilihan, sebaiknya kita bersolat istikharah. Serahkan semua masalah kepada Tuhan, maka fikiran kita akna tenang dan insyaAllah anda tidak akan mengalami insomnia.

Jangan Terlalu Kenyang!

Hindari makan banyak sebelum tidur kerana ia boleh membuatkan perut anda berasa ‘sesak’ atau tidak selesa. Selain itu, hindari juga minum terlalu banyak sebelum tidur kerana boleh membuatkan anda rasa ingin kencing sahaja ketika tidur.

Jika terasa lapar, makanlah sedikit sahaja dan piih makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti bijirin dan kentang agar tidak membuatkan anda menjadi gemuk!

Usah Tengok Jam

Ketika mengalami penyakit susah tdiur, biasanya waktu berjalan dengan cepat kerana anda disibukkan dengan fikiran anda sendiri sehingga tidar serdar waktu sudah berlalu. Semakin kerap anda melihat jam, maka akan menambah beban fikiran anda kerana waktu sudah lewat malam, tetapi anda masih belum juga tdiur. Sebaiknya ketika anda mengalami penyakit susah tidur ini, jangan sesekali cuba untuk melihat jam.

Menonton TV

Jika anda susah tidur, ada baiknya anda cuba untuk menonton TV sambil berbaring. Ketika slot iklan dimainkan, anda cubalah untuk memejamkan mata.Pada ketika menonton rancangan TV, anda akan menjauhkan semua beban fikiran anda dan pada saat iklan  yang banyak, kebosanan mungkin akan berlalu sehingga membuatkan anda jadi mengantu kerana menunggu.

Matikan Lampu

Pastikan suasana di bilik tidur anda selesa dan gelap. Selain itu pasangkan juga kipas angin ataupun penghawa dingin agar suhu balik menjadi sejuk kerana pada ketika anda mengalami penyakit susah tidur ini tubuh anda akan sedikit berpeluh.

Membaca Buku

Jika anda gemar membaca, aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk mengatasi penyakit susah tidur. Cubalah untuk membaca buku yang tebal sambil pejam-pejamkan mata.  Anda disarankan membaca buku novel fantasi. Dengan membaca buku akan membuatkan mata anda menjadi penat dan lebih mudah rasa mengantuk.

Bersenam

Jika anda kerap mengalami penyakit susah tidur ini, anda disarankan untuk sering bersenam pada ketang harinya. Ia bertujuan untuk membuat otot-otot anda penat setelah bersenam pada petang hari sehingga anda akan berasa penat dan mudah tertidur.

Terapi Yoga

Untuk menghilangkan penyakit susah tidur, anda juga boleh melakukan terapi yoga yang mampu menyegarkan dan menyejukkan fikiran, tubuh serta jiwa. Yoga juga berupaya membantu mengatasi kelainan fizikal dan mental, termasuk penyakit susah tidur. Selain itu, ia turut bermanfaat melenturkan lutut, melatih pernafasan, mengawal  emosi, melancarkan perjalanan darah serta membuatkan anda bertambah relaks.

Mandi Air Suam

Mandi air suam sangat bermanfaat untuk memberikan rasa relaks pada otot-otot anda yang menengan pada saat seharian bekerja.

Kredit foto kepada pharmacyrepublic

 << Jom ketahui juga mengenai jangka hayat sperma boleh hidup di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

7 Tips Pulihkan Diri Lepas Bersalin Cara Bedah

Next post

Jaga Kesihatan Diri Agar Tidak Mudah Jatuh Sakit

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *