ProblemSihat

Cara Menambah Berat Badan

Cara Menambah Berat Badan - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Siapa yang tak nak langsing dan cantik, kan… pasti anda berminat untuk mengetahui cara menambah berat badan…

 Jika anda terlalu kurus pun tak elok untuk kesihatan. Bagi anda yang mempunyai memiliki berat badan yang kurang, jangan bimbang ada beberapa cara yang boleh anda lakukan bagi menaikkan berat badan anda secara sihat.

Sistem imunisasi tubuh yang lemah milik anda yang terlalu kurus. Ia akan membuatkan ada lebih mudah dijangkiti dan diserangi penyakit ataupun infeksi. Bahkan, proses pemulihan penyakit tersebut juga memakan masa yang lebih lama.

Ada beberapa penyebab yang membuatkan seseorang itu kurus ataupun kurang berat badan. Antaranya;

1. Dipengaruhi oleh faktor genetik.

2.Peningkatan metabolisme yang dimiliki  sangat cepat.

3. Dipengaruhi oleh keadaan persekitaran dan keperibadian orang-orang sekeliling.

4. Dipengaruhi oleh peningkatan metabolisme atau fungsi kerja daripada hormon-hormon tertentu.

Cara menambah berat badan:

1. Makan makanan yang mengandungi  vitamin, mineral tinggi dan kalori.

2. Ambil makanan sebanyak 60 hingga 70 peratus daripada karbohidrat dan 10 hingga 15 peratus  lagi daripada protein. Selain itu, sejumlah kecil lemak adalah perbandingan jumlah makanan tepat yang harus anda ambil pada setiap hari.

3.Setengah jam sebelum dan selepas makan, sebaiknya anda hadkan pengambilan air kerana dengan banyak minum sebelum makan akan membuatkan perut anda menjadi kenyang sehingga nafsu makan pun berkurangan.

4. Sumber lemak yang baik berasal daripada makanan seperti kacang, lemak ikan salmon, mackerel serta minyak zaitun.

5. Untuk meningkatkan pengambilan kalori, minumlah jus seperti epal, pisang, peach dan oren.

6. Jadikan buah-buahan kering dan juga yogurt sebagai kudapan.

7. Secara teratur, minumlah susu kerana kandungan susu. Bukan setakat kerana nilai kalorinya tetapi susu mengandungi pelbagai nutrisi penting seperti vitamin, protein dan mineral serta mengandungi bakteria sihat yang boleh membantu sistem penghadaman.

8.Agar tubuh tetap fit dan segar, bersenamlah secara teratur. Otot-otot tubuh yang ramping akan jadi lebih mudah terbentu dan nafsu makan anda  akan jadi lebih meningkat apabila tubuh anda fit dan energetik.

9.Pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang secukupnya pada setiap hari. Selain itu fikiran ada juga harus relaks dan sentiasa positif. Fikiran yang baik dan tenang akan mempengaruhi pola pemakanan serta  proses  menghadaman anda.

Kredit foto kepada bizweekpopularity

<< Jom ketahui cara mudah menjaga kesihatan di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cara Kurangkan Berat Badan Lepas Kahwin

Next post

Sambal Belacan Sedap

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *