ProblemSihat

Punca Bau Badan & 6 Cara Berkesan Mengatasinya

cara hilangkan punca bau badan-Women Online Magazine

Punca Bau Badan.Nak tahu cara hilangkan punca bau badan yang berkesan? Baca artikel ini sampai habis….

Masalah bau badan sering menghantui sesiapa sahaja tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan. Ia terjadi apabila kita memerah tenaga untuk akitivit fizikal seperti bersenam atau melakukan perkara yang menyebabkan stress seperti bekerja.Menurut kajian, kaum Adam akan mengalami masalah bau badan berbanding wanita kerana lelaki berpeluh 80% lebih banyak daripada perempuan.

Masalah bau badan bukan sahaja membuatkan kita tidak selesa, tapi ia juga mengganggu keselesaan orang lain dan membuatkan kita kurang berkeyakinan untuk berhadapan atau berinteraksi dengan orang ramai. Terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan dan mengurangkan punca bau badan ini.

Baca Juga: Kesan Stres Membahayakan Tubuh

 

Antara Cara Hilangkan Punca Bau Badan adalah:

1) Sabun Antiseptik Mengurangkan Bau Pada Badan

Hendaklah mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk menyegarkan dan menghilangkan bau badan setelah melakukan pelbagai aktivit harian. Dinasihatkan menggunakan sabun antiseptik untuk menghilangkan bau badan yang melekat pada badan kita dan dapat mengurangkan bakteria pada tubuh badan.

Anda juga hendaklah mandi dengan teratur dan ‘tertib’. Seeloknya biarkan peluh kering dahulu agar peluh tidak bercampur dengan air ketika mandi kerana ia boleh menjadi punca kepada pertumbuhan bakteria yang menjadi punca bau badan

 

Baca Juga: Bahaya Tapak Tangan Berpeluh

 

2) Pentingnya Memakai Deodorant

Deodorant dipercayai dapat menghalang bau badan kerana Ia menangkis ketiak kita daripada peluh apabila kita melakukan sebrang aktiviti. Peluh adalah satu punca utama mengakibatkan tubuh badan kita menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

 

3. Jaga Pemakanan Anda

Bau badan secara langsung dikaitkan dengan bahan buangan pencernaan badan anda. Apa yang anda makan akan mempunyai kesan yang besar kepada bagaimana anda bau. Badan anda akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan jika anda makan makanan yang tidak berkualiti dan yang tidak sihat kerana ia akan merencatkan sisitem penghadaman anda

Cuba kurangkan makanan segera, makanan goreng, dan apa-apa makanan yang diproses lain yang mengandungi banyak bahan kimia. Lebihkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan. Elakkan guna minyak yang berlebihan, sebaliknya guna teknik masak seperti kukus yang tidak mengandungi minyak.

Take Note! Elakkan daripada menggunakan bawang dengan kuantiti yang banyak di dalam bahan masakan kerana bawang boleh mencetuskan bau yang kuat yang boleh mengakibatkan bau pada badan kita.

 

4. Memakai Pakaian Yang Sesuai

Anda hendaklah bijak memilih pakaian yang sesuai dengan anda untuk mengelakkan bau badan. Elakkan daripada memakai pakaian fabrik atau menyerap peluh kerana ia akan mengakibatkan peluh yang melekat pada badan itu menjadi bau yang kurang menyenangkan.

Anda juga hendaklah menyimpan pakaian anda di tempat yang mempunyai aliran udara supaya ia bau busuk sekitar anda atau cuaca lembab melekat pada pakaian anda.Anda juga tidak digalakkan memakai baju yang sama, sebaliknya kerapkan mengganti dan membasuh baju anda

 

5. Berhenti Merokok!

Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan atau membazirkan duit si perokok, malahan jua ia adalah antara punca masalah bau badan. Tembakau di dalam rokok juga akan menghasilkan peluh yang menghasilkan peluh yang berbau.

Bahkan jika anda berhenti merokok, bau itu akan melekat di badan dalam waktu berminggu-minggu.

 

Baca Juga: Cara Mudah Berhenti Merokok

 

6) Berjumpa dengan Doktor Pakar

Jika anda mempunyai masalah bau badan yang berkekalan walaupun sudah melakukan pelbagai cara untuk mnghilangkannnya, dinasihatkan supaya anda segera berjumpa dengan pakar bagi menyelesaikan masalah tersebut. Ia mungkin disebabkan perubahan pada hormon, diabetes, radang tersembunyi atau lain-lain lagi.

Penampilan kita hendaklah sentiasa dijaga supaya kita dapat mengekalkan aura positif di dalam diri kita. Penampilan yang menarik dan kebersihan juga penting supaya kita mudah berkomunkasi dengan orang luar, sekaligus memudahkan orang dekat dengan kita. Ambillah langkah-langkah yang sewajarnya supaya dapat mengatasi masalah bau badan ini.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya!

<< Jom ketahui kesan merokok kepada wanita di sini

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Mesti Tiru! 7 Rahsia Kecantikan Wanita Korea

Next post

Chef Wan Mahu Rakyat Malaysia Amalkan Pemakanan Sihat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *