ProblemSihat

Hilang Selera Makan & Cepat Letih Petanda Awal Anda Dijangkiti Hepatitis B?

HEPATITIS B - women online magazine

(Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)

Ramai yang masih tidak mengetahui tentang penyakit hepatitis B. Penyakit ini boleh terjadi pada kanak-kanak, bayi dan juga orang dewasa.

Penyakit Hepatitis B adalah berpunca dari infeksi pada hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B. Sesetengah orang mendapat infeksi hepatitis B kronik yang menyebabkan kegagalan hati berfungsi dengan normal, kanser hati atau kerosakan pada jaringan hati. Hati adalah salah satu organ yang paling penting di dalam tubuh manusia.Organ terbesar ini memiliki fungsi utama untuk menapis racun yang terkandung di dalam darah. Ketika hati anda sudah dijangkiti dengan penyakit hepatitis B, ia akan memberikan risiko yang besar terhadap kesihatan anda kerana terdapat racun di dalam hati yang tidak dapat ditapis.

Penyebab utama penyakit Hepatitis B ini ialah penularan virus Hepatitis B oleh cairan tubuh penghidap lain. Antaranya seperti:

 

Awas, ciri- ciri penyakit hepatitis B adalah seakan-akan dengan penyakit biasa yang lain. Di antara ciri-cirinya ialah:

 

Mungkin ada sesetengah yang mengambil remeh tentang gejala-gejala ini. Namun, terdapat lagi tanda-tanda lain penyakit hepatitis B. Antaranya ialah:

  • Air kencing berwarna lebih gelap.
  • Najis bertukar warna menjadi gelap.
  • Muncul penyakit kuning.
  • Gatal-gatal pada badan.
  • Pengsan dan koma.
  • Pendarahan pada organ dalaman.

 

Penyakit hepatitis B boleh berubah menjadi penyakit yang lebih merbahaya seperti cirrhosis ataupun kanser hati. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya jangan mengambil mudah tentang penyakit ini.Tambahan pula, penyakit hepatitis B mampu menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina. Biasanya gejala ini timbul selepas beberapa bulan anda terkena infeksi.

Sesiapa pun boleh mendapatkan vaksin hepatitis B, termasuklah bayi, orang dewasa dan individu  yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah. Vaksin hepatitis B sangat disarankan kepada:

  • Semua bayi.
  • Semua kanak-kanak dan remaja yang belum divaksin.
  • Orang yang memiliki penyakit seksual menular.
  • Petugas kesihatan.
  • Orang yang mengidap HIV.
  • Pasangan sejenis.
  • Orang yang berhubungan seksual dengan banyak pasangan.
  • Orang yang memiliki penyakit hati yang kronik.
  • Orang yang memakai ubat-ubatan terlarang dengan cara suntikan
  • Orang yang tinggal dengan seseorang yang menghidap penyakit hepatitis B.
  • Orang yang menghidap penyakit buah pinggang.
  • Melakukan hubungan seksual dengan orang yang menghidap penyakit hepatitis B.

 

Langkah Pencegahan Untuk Menghindari Virus Hepatitis B

  • Jangan melakukan hubungan seksual tanpa memakai kondom kecuali jika anda yakin bahawa pasangan anda tidak memiliki hepatitis B atau penyakit kelamin menular yang lain.
  • Berhenti menggunakan ubat-ubatan terlarang.
  • Berhati-hati jika ada gemar melakukan tindik.
  • Gunakan kondom yang baru setiapkali anda melakukan hubungan seksual.
  • Mintalah vaksin hepatitis B kepada doktor sebelum anda bercuti ke luar negara.

Jagalah kesihatan anda dan ahli keluarga tersayang. Keluarga yang sihat lahir dari gaya hidup yang sihat.

Kredit foto: doctoroz

<< Ingin menurunkan berat badan secara sihat? Bertukarlah pada beras perang. Baca di sini.

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Cara Berkesan Basmi Anai-Anai

Next post

Ceriakan Hari Anda Dengan Flip & Sandal Crocs

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *