CantikRambut

Mesti Baca! 5 Tips Sebelum Potong Rambut

Potong Rambut - woman online magazine

Kredit : trendgelinlikmodelleri

Potong Rambut. Anda memilih untuk memotong rambut sendiri ataupun menggunakan khidmat pendandan rambut?

Untuk mendapatkan hasil potongan rambut yang memuaskan, selain memilih pendandan rambut atau tukang gunting rambut yang berpengalaman ada beberapa perkara yang perlu juga anda ambil kira. Semak!

 

1.Kenali Bentuk Wajah Anda

Setelah mengenali bentuk wajah anda dengan pasti, barulah anda akan mengetahui potongan rambut yang mana sesuai dengan diri anda.

 

2. Ketahui Jenis Rambut Anda

Jika anda memiliki jenis rambut yang kasar, beralun dan cenderung keriting, jangan cuba-cuba meminta potongan seperti para selebriti Korea. Jika anda memiliki rambut yang nipis, halus dan lurus, elakkan memilih potongan rambut seperti Beyonce. Mintalah pendapat daripada mereka yang hampir dengan anda untuk memilih jenis potongan rambut yang sesuai dengan anda.

 

3. Sesuaikan Dengan Gaya Hidup Anda

Cuba sesuaikan gaya potongan rambut yang dipilih dengan gaya hidup anda. Usah memaksa gaya potongan rambut panjang terurai jika anda adalah wanita yang banyak berada di luar rumah.

 

4. Berfikiran Realistik

Setiapkali anda mencari inspirasi atau rujukan tentang gaya potongan rambut, ketahuilah bahawa rambut selebriti yang ingin anda ikuti itu menggunakan ‘extension’ dan mereka menghabiskan masa berjam-jam di tangan mekap artist ataupun pendandan rambut.Sebaiknya anda mendapatkan nasihat daripada pendandan rambut sebelum anda potong rambut.

 

5. Siapkan Mental Untuk Gaya Rambut Baru Anda

Kebanyakan wanita memerlukan persiapan mental setiapkali potong rambut. Jika rambut telah terpotong, anda memerlukan masa berbulan-bulan untuk mendapatkan rambut anda ke bentuk asal. Pastikan anda sudah bersiap sedia untuk berhadap dengan komen-komen orang setelah anda memotong rambut.

<< Ketahui cara mengatasi masalah berminyak di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

1 Hari Lagi! Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2015

Next post

6 Makanan Mencerdaskan Otak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *