CantikKulit

5 Tips Pilih Pelembab Wajah Yang Sesuai Buat Anda

pelembab wajah - wom.my

Kredit Foto : becomegorgeous

Pelembab Wajah.Mempunyai kulit wajah yang kering bukan sahaja menganggu penampilan. Malahan, ia boleh mengakibatkan kerosakan pada lapisan sel kulit wajah.

Biasanya jika kulit wajah terlalu kering ia akan mengelupas dengan sendirinya.Selain itu, kulit wajah yang kering juga boleh membuatkan kulit wajah anda nampak kurang sihat dan tidak bermaya. Jadi, sebab itulah anda harus bertindak cepat agar kulit wajah anda kembali lembab.

Untuk menjadikan kulit wajah anda memiliki kelembaban pada tahap yang sepatutnya, anda hanya perlu menggunakan pelembab wajah. Ini adalah kerana pelembab wajah akan membantu menjaga kulit wajah anda agar memiliki tahap kelembaban yang wajar.

Kini terlalu banyak produk pelembab wajah di pasaran dan anda perlu berhati-hati memilih pelembab wajah yang tepat dengan jenis kulit anda. Beberapa jenis pelembab yang mungkin anda rasakan sesuai, mungkin akan membuatkan kulit wajah anda menjadi semakin mengering.

Berikut beberapa tips memilih pelembab wajah yang tepat untuk kulit kering:

1. Pastikan anda pilih pelembab yang memiliki kandungan minyak yang tinggi. Jika memiliki kulit wajah yang sangat kering,pelembab yang mengandung minyak dalam jumlah tinggi akan bekerja dengan baik untuk kulit wajah anda.Tetapi jika tahap kekeringan kulit wajah ringan di tahap sederhana sahaja, anda perlu menggunakan pelembab wajah yang sedikit kandungan minyaknya dan mengandungi bahan dasar daripada air.

 

Baca Juga: Tips Cantik Natural

 

2. Tentukan apakah kekeringan terjadi pada keseluruh kulit wajah atau hanya di beberapa kawasan wajah sahaja. Ramai di antara kita yang mempunyai jenis kulit kombinasi, di mana mereka memiliki kawasan wajah yang berminyak di zon T (hidung, dahi bahagian tengah dan dagu), sedangkan kawasan wajah yang lain kering serta bersisik. Jika wajah anda termasuk dalam kategori jenis kulit kombinasi, gunakanlah pelembab wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda dan sapukan pelembab wajah hanya pada kawasan kulit yang kering sahaja.

 

3. Gunakan pelembab yang dapat menjaga keanjalan kulit.Carilah pelembab yang mengandung glycerin, dimethicone, hyaluronic acid dan urea,20% untuk kulit wajah yang ekstra kering. Bahan-bahan tersebut boleh menjaga kulit agar tetap anjal dan terhidrasi.

 

Baca Juga: Rahsia Awet Muda Selebriti

 

4. Pilih pelembab yang ‘hypoallergenic’.Untuk menjaga kulit wajah terhindar dari tindakbalas alergi terhadap pewangi atau zat aditif lainnya, belilah pelembab yang ‘hypoallergenic’.Ini akan menghindari kulit wajah anda teriritasi kerana alergi terhadap suatu produk yang akan membuatkan kulit wajah semakin kering serta bersisik.

 

5. Sebaiknya pilih pelembab wajah yang menggunakan bahan-bahan semulajadi.Anda boleh mempertimbangkannya untuk menggunakan semua pelembab wajah semulajadi, contohnya olive oil (minyak zaitun).Dengan menggunakan pelembab wajah semulajadi, pori-pori kulit wajah tidak akan tersumbat.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya

<< Ketahui cara berkesan melembabkan kulit wajah yang kering dan menggelupas di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Manfaat Kahwin Campur

Next post

4 Kebaikan Sayur Salad Yang Boleh Buat Anda Kurus

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *