CantikDietSihat

Diet Seimbang,Diet Yang Sihat!

diet seimbang - women online magazine

Anda yang mengalami masalah berat badan pasti mahu menurunkan berat badan secara sihat dan mudah.

Perkara utama yang harus anda berikan perhatian ialah mengatur pola pemakanan anda untuk menjadi lebih sihat. Namun, kebanyakan daripada anda yang kurang mempedulikannya kerana percaya bahawa mengurangkan jumlah makan dan menahan lapar itu mampu menurunkan berat badan. Padahal pada hakikatnya, jika anda kurang makan atau makan setakat sekali atau dua kali dalam sehari memanglah berat badan anda akan jadi berkurangan. Tetapi, adakah anda tahu apa yang bakal terjadi di dalam tubuh anda?

Jika anda makan dalam jumlah yang sedikit, tubuh anda secara automatik akan menerima tanda bahaya dan akan melindungi anda daripada bahaya kelaparan. Tubuh anda akan membakar kalori dalam jumlah yang sedikit dan metabolisme juga bergerak perlahan daripada kebiasaannya. Namun, ia bakal bertukar menjadi sebaliknya. Apabila anda menghentikan diet,anda akan makan dengan lebih banyak!

Diet seimbang yang sihat akan mengalami kegagalan apabila anda menghilangkan beberapa nutrisi penting serta mengurangi pengambilan makanan secara drastik. Mempercepatkan metabolisme dan memilih makanan yang tepat akan membantu anda mendapatkan diet seimbang dan sihat.

Melakukan diet yang seimbang akan memberikan tenaga dan nutrisi yang mencukupi buat tubuh. Ada beberapa jenis makanan yang dapat dikategorikan untuk diet seimbang. Memperhatikan jumlah nutrisi, seperti jenis makanan yang memberikan kalori pada tubuh dan ia sangat penting bagi anda yang sedang melakukan diet.

Berikut beberapa tips diet seimbang yang boleh anda lakukan:

1. Perbanyakkan Minum Air Putih

Air sangat penting untuk fungsi tubuh anda, termasuk sistem penghadaman, penyerapan, pengaturan suhu badan dan sebagainya. Tubuh mengandungi lebih daripada 60 peratus kandungan air. Ketika tubuh mendapat air yang mencukupi, ia akan cuba untuk menyimpannya ke dalam sel. Manakala sisa-sisanya akan dikeluarkan melalui air kencing.

Minum air dalam jumlah yang mencukupi juga akan dapat menurunkan rasa lapar. Minumlah beberapa gelas air sebelum anda menjamah makanan, boleh menjadi salah satu cara untuk mencegah anda makan secara berlebihan yang mengakibatkan pertambahan berat badan.

2. Lebihkan Pengambilan Buah-buahan & Sayuran Hijau

Terdapat banyak khasiat yang tersembunyi di dalam buah-buahan seperti epal, pisang, betik dan anggur. Pisang memiliki banyak serat yang boleh membuatkan anda berasa kenyang, menambah metabolisme dalam tubuh serta boleh membantu proses penurunan berat badan.

Kandungan nutrisi dan serat pada buah epal sangat sesuai untuk diet. Epal juga mengandungi ‘polifenol' dan ‘pektin' yang bermanfaat untuk membantu mengurangi kolesterol dan lemak pada tubuh. Begitu juga dengan buah naga yang mampu melancarkan sistem penghadaman, dapat mengurangi lemak serta mengandungi zat antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sesuai dijadikan menu diet.

Sayuran Hijau seperti brokoli sangat kaya dengan kandungan vitamin. Selain vitamin A yang sangat baik untuk kesihatan mata dan kulit, kandungan vitamin D, potassium, kalsium dan lain-lain khasiat yang terdapat pada brokoli, ternyata ia memenuhi keperluan zat yang diperlukan oleh tubuh pada setiap hari tanpa memberikan kandungan lemak.  Sebaiknya brokoli di makan mentah, dibuat jus ataupun dinikmati separuh masak.

3.Banyakkan Juga Makan Kacang-Kacangan

Kacang peas, kacang buncis dan kacang bendi sangat kaya dengan protien, karbohidrat, serat dan beberapa vitamin. Jenis kacang-kacang ini juga sangat baik untuk diet kerana kandungannya mampu memenuhi keperluan zat yang diperlukan oleh tubuh untuk mendapatkan energi.Ini bermakna, tanpa pengambilan nasi atau makanan berat yang lain, kacang-kacangan sudah mencukupi apa yang diperlukan oleh tubuh anda.

Kacang almond, salah satu jenis kacang yang memiliki kandungan serat yang sangat baik. Serat berfungi untuk menjaga sistem penghadaman dan melancarkan proses metabolisme tubuh. Di samping itu menstabilkan kadar glukos darah, menurunkan kolesterol yang mampu mengurangi risiko terkena penyakit kanser payudara.

4. Mengurangi Jumlah Lemak Dalam Makanan

Lemak penting juga penting buat tubuh, tetapi dalam diet harus menyumbangkan di antara 20 hingga 30 peratus sahaja dalam jumlah keperluan energi haraian. Oleh sebab itulah anda yang sedang berdiet perlu menghindari lemak yang berlebihan. Anda perlu memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.

Ketika memasak, sebaiknya menggunakan minyak gorengan dalam jumlah yang sedikit. Hadkan juga penggunaan santan dan minyak kelapa dalam  masakan. Selain itu, pilihlah daging tanpa lemak serta membuang bahagian kulitnya.

5. Kurangi Gula & Garam

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kuih coklat dan aiskrim banyak mengandungi gula. Ia turut memberikan sejumlah besar kalori tanpa nutrisi makanan ataupun serat. Pengambilan gula yang berlebihan bukan sahaja mengundang kegemukan dan kerosakan gigi. Malahan anda juga berisiko untuk mendapat penyakit diabetis, serangan jantung,strok dan sebagainya.

Makanan segera, daging yang diawet serta makanan ringan seperti kentang goreng terlalu banyak mengandungi garam. Kelebihan garam dalam tubuh boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, serangan jatung dan sebagainya.

Foto: sekadar gambar hiasan

<< Anda benar-benar mahu kurus? Pilihlah sarapan rendah kalori. Info selanjutnya klik link ini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Tips Gaya Hidup Sihat

Next post

Resepi Kek Cawan"Gembira"

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *