ResepiSajiSelera

Resepi Kek Cawan”Gembira”

 

resepi kek cawan - women online magazine

Kek cawan atau cupcake boleh dibuat dengan pelbagai macam rasa.

Bahkan penampilan yang menarik, terutama setelah diberikan hiasan krim membuatkan kek cawan ini menjadi lebih menggiurkan!

Bagi yang menyukai kek cawan boleh membuatnya sendiri di rumah dengan sentuhan yang sesuai dengan keinginan anda. Chef WOM.my akan memberikan anda Resepi Kek Cawan yang paling mudah, ringkas tetapi amat sedap buat anda. Selamat mencuba.

 

Berikut Resepi Kek Cawan “Gembira”

Bahan-bahan yang diperlukan:

50 gram mentega

50 gram gula pasir

50 gram tepung gandum

1 biji telur

¼ sudu teh baking powder

 

Hiasan Kek Cawan “Gembira” :

Coklat urai berwarna warni

 

Cara Membuatnya:

1. Putar mentega dan gula sehingga gebu.

2. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.

3. Masukkan tepung gandum, dan gaul hingga sebati.

4. Kemudian cedok adunan kek ke dalam mini cawan kertas, dengan sukatan ¾ penuh.

5. Taburkan hiasan coklat urai berwarna-warni di atasnya.

6. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga masak.

Kredit foto: sekadar gambar hiasan

<< Dapatkan Resepi Kek Coklat Kukus yang cukup lazat. Klik link ini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Diet Seimbang,Diet Yang Sihat!

Next post

Anda Dijangkiti Sakit Mata Merah?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. August 17, 2014 at 3:33 pm — Reply

    Want to a member of MOM

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *