CantikDietSihat

Diet Pasti Lebih Menjadi Dengan Salad Buah-Buahan

salad buah-buahan - women online magazine

Kredit Foto: cookinginprovence

Salad Buah-Buahan.Mencari menu diet sihat paling mudah? Salad Buah-Buahan adalah jawapannya!

Makanan sihat ini cukup nikmat, apatah lagi ia terdiri daripada buah-buahan segar. Salad Buah-Buahan terdiri daripada pelbagai jenis buah yang dipotong kecil.Ia kemudiannya diletakkan dengan toping seperti madu, susu cair ataupun yoghurt, mengikut citarasa anda.

Pengambilan buah-buahan sebagai menu diet sangat baik, terutama buat kesihatan. Kandungan air,serat dan vitamin yang terdapat di dalam buah-buhan dapat membantu anda menurunkan berat badan. Ramai wanita, khususnya di kota metropolitan menjadikan salad buah-buahan sebagai pelengkap gaya hidup.

Salad buah-buahan merupakan kudapan sihat yang mengenyangkan serta tidak menggemukkan. Kandungannya yang bebas lemak tentu sahaja akan membuatkan tubuh anda terhindar daripada lemak-lemak jahat. Cuma, bagi yang berdiet, anda perlu berhati-hati dengan penggunaan toping.  Elakkan menggunakan mayonis sebagai toping salad buah-buahan tersebut.

 

Baca Juga: Khasiat Mayonis

 

Selain, mampu membantu menurunkan berat badan, salad buah-buahan juga baik untuk kecantikan, awet muda dan menghindari anda daripada masalah bau mulut.  Untuk mendapatkan menu salah buah-buahan yang benar-benar sihat, pastikan ia bebas daripada bahan kimia tambahan seperti pemanis buatan ataupun penguat rasa. Di samping melangsingkan tubuh, salad buah-buahan juga turut membantu pembuangan racun di dalam tubuh (pengumpulan lemak).

Salah buah-buahan yang disajikan bersama yogurt sesuai untuk diet anda. Bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt akan membantu melancarkan proses penghadaman anda sehingga sisa-sisa makanan akan terbuang dengan sempurna.

 

Baca Juga: Kebaikan Yogurt

 

Berikut beberapa jenis buah-buahan untuk diet, mengandungi serat tinggi yang boleh dijadikan Menu Diet: Salad Buah-Buahan

  • Avakado

Mengandungi serat yang cukup tinggi serta mampu menurunkan kolesterol dan mengurangi risiko terkena penyakit jantung.

 

Bermanfaat menstabilkan tekanan darah di dalam tubuh. Bahkan kulit epal merah juga mengandungi zat ‘petkin’ yang bermanfaat untuk membersihkan racun yang ada dalam tubuh.

 

  • Tembikai

Buah tembikai yang segar mengandungi banyak air, merupakan buah yang berserat tinggi dan sangat sesuai untuk memenuhi keperluan serat dalam tubuh. Berupaya meningkatkan daya ketahanan tubuh, mencegah penyakit kanser, kanser usus dan gangguan hati.

 

  • Buah Melon

Mengandungi vitamin C, A, karbohidart magnesium dan fostor. Buah melon bermanfaat untuk menurunkan kolesterol yang ada dalam tubuh, mengatasi demam, mencegah kanser, penyakit stroke serta mencegah penyakit jantung.

 

Baca Juga: Khasiat Buah Melon

 

  • Buah Naga

Buah naga mampu membantu melancarkan penghadaman, menurunkan gula darah di dalam tubuh, membantu mengatasi penyakit sendi serta mengandungi banyak zat antioksidan yang diperlukan oleh tubuh.

 

Baca Juga: Khasiat Buah Naga

 

  • Buah Kiwi

Buah kiwi sangat baik untuk membantu rancangan diet anda. Serat semulajadi yang terkandung dalam buah kiwi membantu melancarkan proses penghadamanan. Nutrisi-nutrisi penting akan lebih mudah diserap oleh tubuh jika penghadaman berjalan lancar. Secara automatik lemak-lemak yang tidak diperlukan akan dibuang melalui proses penghadaman (buang air besar). Jadi, sebab itulah buah kiwi sangat elok sebagai pelangsing semulajadi.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya!

<< Ketahui cara bakar kalori tanpa perlu bersusah-payah di sini.

 

Previous post

6 Cara Terbaik Atasi Masalah Gatal Celah Kelangkang

Next post

7 Cara Hilangkan Bau Ketiak Paling Berkesan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *