Petua PemakananSihat

‘Confirm Kurus’! Pilih 8 Sarapan Rendah Kalori

sarapan rendah kalori - women online magazine

Kredit Foto: silk

Sarapan Rendah Kalori.Sarapan pagi sangat penting  kerana dengan bersarapan tubuh akan menjadi semakin sihat.

Tubuh anda memerlukan energi yang mencukupi sebelum anda memulakan aktiviti seharian. Tambahan pula, tubuh ‘berpuasa’ ketika anda tidur lebih kurang lapan jam sehari.Bagi anda yang sedang berdiet, anda perlu bijak memilih makanan agar ia tidak merosakkan diet. Anda perlu menitiberatkan soal nutrisi dan kalori yang terdapat dalam makanan tersebut. Itupun jika anda benar-benar mahu kurus!

Sebagai langkah permulaan, jika sebelum ini anda sudah biasa bersarapan dengan makanan berat seperti nasi kerabu ataupun lontong sayur, kini sudah tiba saatnya anda bertukar menu yang lebih sederhana namun cukup mengenyangkan. Jauhi makanan yang banyak mengandungi gula kerana ia boleh membuatkan anda menjadi cepat mengantuk. Sebaliknya pilih menu sarapan rendah kalori.

 

Berikut 8 Sarapan Rendah Kalori:

1. Telur

Telur merupakan makanan yang ideal untuk sarapan kerana kaya dengan protein. Sebiji telur mengandungi 70 kalori dan memenuhi 13 peratus keperluan protein harian. Anda boleh membuat omelet daripada dua biji telur yang menghasilkan 150 kalori.

 

Baca Juga: Khasiat Telur Separuh Masak

 

2. Oatmeal

Gantilah nasi putih atau roti pada ketika anda bersarapan dengan semangkuk bubur oatmeal dengan tambahan potongan buah-buahan seperti strawberry, raspberry dan blueberry. Menu ini mengandungi kalori yang rendah kerana diperbuat daripada biji gandum sehingga membuatkan perut terasa lebih kenyang.

 

Baca Juga: Diet Oatmeal

 

3. Roti gandum Berintikan Isi Tuna

Selain mengandungi karbohidrat kompleks daripada biji gandum, anda guna akan mendapatkan protein dan lemak Omega-3 daripada isi tuna. Jangan lupa tambahkan sayur-sayuran seperti salad, tomato dan mentimun yang mengandungi serat. Menu ini sesuai untuk anda yang super sibuk namun memerlukan sarapan yang tetap sihat bernutrisi.

 

4. Smoothies

Anda boleh menikmati sarapan pagi anda dengan smoothies. Campurkan secawan susu rendah lemak dengan buah-buahan seperti manga, melon, mangga ataupun strawberry di dalam alat pengisar, dan tambahkan ais batu agar terasa lebih segar dan nikmat. Selain buah-buahan yang dapat memenuhi karbohidrat, anda juga boleh mendapatkan kalsium daripada segelas susu.

 

5. Pancake Jagung

Jika selama ini anda membuat pancake dengan menggunakan tepung gandum atau tepung segera pancake, kini cubalah membuat pancake dengan menggunakan tepung jagung. Letaklah jagung dan kacang walnut untuk isinya. Anda juga boleh menikmatinya dengan sos cili dan sedikit golden syrup.

 

Baca Juga: Khasiat Jagung

 

6. Seledri

Secawan seledri mengandungi kurang daripada 20 kalori. Selain kaya serat dan air, seledri juga dapat mencegah kanser serviks. Caranya mudah sahaja, ambil seledri, cuci dan makan!

 

7. Kacang-kacangan

Kacang-kacangan mengandungi vitamin D dan kalsium yang tinggi sehingga dapat menguatkan tulang dan gigi. Namun, kandungan kalori yang terdapat pada kacang-kacangan ini sangat rendah dan sangat baik diambil oleh anda yang sedang berdiet.

 

8. Buah-buahan & Sayur-sayuran

Sayur-sayuran dan buah-buahan segar mempunyai khasiat yang luar biasa buat anda yang berdiet. Buah-buahan seperti tomato dan pisang cukup bagus.

Kandungan vitamin C yang tinggi pada keduanya sangat bagus untuk sistem ketahanan tubuh. Kandungan karbohidrat yang cukup pada pisang juga dapat memberikan energi sekaligus melenyapkan rasa lapar. Sayuran seperti mentimun dan brokoli mengandungi air yang tinggi serta mineral lain yang bagus untuk anda yang berdiet.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang mahu sihat dan kurus.

<< Jom kenali jenis-jenis makanan yang boleh mencegah penyakit. Klik di sini.

 

Previous post

Resepi Kek Red Velvet Kukus Sedap Sangat!

Next post

5 Warna Lipstik Paling Sesuai Buat Anda Yang Mempunyai Bibir Hitam

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. November 27, 2015 at 12:32 pm — Reply

    […] Sumber Artikel : MOM […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *