6 Kebaikan Mandi Air Panas
Foto: shastapools
Mandi Air Panas.Anda suka mandi air panas? Bagi sesetengah orang, mandi air panas cukup menyenangkan.
Efek daripada air panas dikatakan sangat nikmat kerana ia membuatkan tubuh menjadi lebih relaks.Sungguhpun begitu, ramai yang tidak tahu bahawa mandi air panas mempunyai pelbagai manfaat yang baik untuk kesihatan dan juga kecantikan.
Jom, semak beberapa manfaat mandi air panas untuk kesihatan dan kecantikan anda.
Mandi air panas mampu membuatkan anda menjadi lebih relaks. Tubuh anda menjadi lebih tenang sehingga rasa stress pun hilang di saat fikiran anda sarat dengan pelbagai masalah yang melanda.
Baca Juga: Cara Terbaik Menangani Stress
Bagi anda yang mengalami kesukaran untuk tidur, cubalah berendam dengan air panas suam ini.Biarkan tubuh anda relaks dan lebih tenang sehingga ia membuatkan anda rasa mengantuk. Akhir nanti anda boleh menikmati tidur yang lebih lena ataupun nyenyak.
Dengan mandi air panas, dapat memperlancarkan perjalanan darah, yang mana salah satunya peredaran darah yang menuju ke bahagian otak. Secara tak langsung, ia akan mencegah anda daripada di serang migraine.
- Meringankan Diabetes
Dengan mandi air panas, dapat melegakan penderita diabetes. Ini adalah kerana dengan mandi air panas atau berendam selama setengah jam mampu menurunkan tingkat gula darah yang ada bagi penderita diabetes.
Dengan mandi air panas, ia dapat meredakan penyakit batuk yang sedang dihadapi. Ini kerana dengan menghirup wap panas yang terhasil daripada air panas tersebut mampu menghilangkan ‘phlegm’, yang merupakan penyebab iritasi pada bahagian kerongkong.
Baca Juga: Daun Kemangi Boleh Redakan Batuk
Mandi dengan air panas akan membuka ruang pori-pori dan membersihkan kotoran serta minyak yang terperangkap di dalamnya. Kehangatan semulajadi daripada air panas juga turut membuat kulit menjadi lembut dan kenyal.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!
<< Ketahui tips memberus dan memilih berus gigi yang sesuai dengan gigi anda di sini.
No Comment