Ada Apa?X-Tra

4 Cara Terbaik Membersihkan Telinga

cara membersihkan telinga - woman online magazine

Kredit Foto:localmedia

Cara Membersihkan Telinga.Telinga merupakah salah satu bahagian tubuh yang senang kotor.Telinga juga merupakan bahagian yang sensitif kerana ia merupakan salah satu panca indera iaitu pendengaran.

Membersihkan telinga tidaklah sesukar mana, namun anda perlu juga tahu teknik dan cara tertentu terutama tentang alat bantu yang digunakan. Membersihkan telinga dengan betul dapat membantu anda merawat kebersihan serta kesihatan telinga anda.

Biasanya ramai yang sudah tahu cara membersihkan telinga dan tdak terlalu menitikberatkan soal sebetulnya cara yang sebenar atau tepat ketika membersihkan kawasan penting ini.

Kebanyakan orang berpendapat, membersihkan telinga perlu menggunakan kapas atau cotton bud, sedangkan pendapat ini sebenarnya salah!Ini adalah kerana penggunaan kapas ini boleh mendorong segala kekotoran masuk ke dalam telinga.

 

Berikut adalah 4 cara membersihkan telinga yang sebaiknya anda lakukan:

  1. Guna Air

Membersihkan telinga dengan menggunakan air adalah cara terbaik dan sihat untuk menghilangkan kotoran dalam telinga. Caranya mudah sahaja, sebelum anda mandi pastikan anda sudah menyiapkan air yang bersih.

Kemudian, campurkan dengan sedikit baby oil lalu usapkan pada telinga secara perlahan-lahan dengan menggunakan tuala nipis, tetapi hati-hati jangan sampai air masuk ke dalam lubang telinga yang paling dalam (air masuk dan tertinggal pada gendang-gendang telinga)

 

  1. Pakai Kain Basah

Menggunakan sepotong kain basah dapat membantu menghilangkan kotoran telinga bahagian luar. Ia tidak hygiene menghilangkan kotoran dalam lubang telinga, kerana kotoran telinga yang yang berwarna coklat ke hitam-hitaman juga dapat berfungsi untuk menghalang masuknya serangga serangga kecil ke dalam lubang telinga.

Jadi, memadai jika anda a menggunakan cara membersihkan telinga dengan kain bersih yang sudah di basahi air. Kemudian lap-lap dan bersihkannya pada bahagian luar telinga secara perlahan-lahan.

 

Baca Juga: Penyebab Sakit Telinga

 

  1. Baby Oil

Cara membersihkan telinga yang seterusnya adalah dengan menggunakan baby oil. Titiskan dua atau tiga titis baby oil ke dalam telinga sebelum anda tidur pada malam hari. Keesokan pagi, ketika bangun daripada tempat tidur segeralah bersihkan telinga dengan menggunakan tuala nipis atau alat pembersih telinga.

 

  1. Cotton Bud

Ini adalah salah satu alat pembersih telinga yang paling biasa digunakan untuk membersihkan telinga. Sungguhpun begitu, anda perlu lebih berhati-hati ketika menggunakan cotton bud ini.

Ketika anda sedang asyik mengorek ke dalam telinga adakalanya anda tidak sedar telah terkorek sehingga terkena gegendang telinga anda. Lebih baik jika anda menghindari memasukkan cotton bud terlalu dalam. Memadai jika anda membersihkannya bahagian luar telinga sahaja.

 

Baca Juga: Masalah Telinga Berdengung

 

Nota Kaki: Sila SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda.

<< Ketahui cara betul membersihkan payudara di sini

 

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

3 Cara Melebatkan Bulu Kening

Next post

Cara Mudah Membersihkan Bilik Mandi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *