Ada Apa?X-Tra

Pilih Berus Gigi Yang Tepat, Sekalipun Anda Beli Murah!

Berus Gigi - Women Online Magazine

Kredit Foto: bridgingthegap

Berus Gigi.Amalan memberus gigi secara teratur adalah langkah utama untuk mengekalkan gigi dan gusi yang sihat. Berus gigi dihasilkan dengan pelbagai tekstur berus, saiz dan bentuk.

Kebanyakan doktor gigi menyarankan berus gigi yang lembut kerana berus yang keras boleh merosakkan enamel gigi.Berus gigi biasanya diperbuat daripada serat sintetik,namun terdapat juga berus gigi dengan bahan semula jadi. Goldstein dan Hautman adalah pencipta pertama berus gigi pada tahun 1875.

Kepentingan Memberus Gigi

  • Mengelak mulut dan nafas berbau.
  • Menghindarkan rasa tidak selesa pada mulut.
  • Mengeluarkan sisa makanan dan bakteria yang terbentuk di dalam mulut
  • Mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi.

 

Baca Juga: Punca Gigi Kuning

 

Bilakah Berus Gigi Perlu Ditukar?

  • Apabila bulu berus gigi sudah kembang.
  • Selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk dan sakit tekak.
  • Selepas menggunakannya selama 3 bulan.

 

Kekerapan Memberus Gigi

Berus gigi sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali sehari terutamanya selepas bangun tidur, makan dan malam sebelum tidur.

 

Baca Juga: Sakit Gigi Berlubang

 

Tips Penjagaan Berus Gigi

  • Berus gigi dengan teliti terutamanya di hujung gusi dan di celah gigi.
  • Pastikan berus gigi dikeringkan dan disimpan ditempat yang khas untuk mengelak kelembapan yang boleh mengalak pembiakan bakteria.
  • Jangan berkongsi berus gigi dengan orang lain.
  • Gunakan ubat gigi berfluorida untuk menguatkan lapisan luar gigi.

 

Tips Memilih Berus Gigi

  • Saiz berus gigi bersesuaian dengan mulut.
  • Mempunyai pemegang yang selesa. Tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu pendek.
  • Pilih berus gigi yang berbulu lembut dan selesa.

 

Nota Kaki:Jangan lupa SHARE artikel ini ya

<< Ketahui 6 tips mudah supaya anak anda rajin gosok gigi di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kena Pergi! 6 Tempat Menarik Di Langkawi

Next post

Punca Sebenar Masalah Rambut Gugur

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. May 13, 2015 at 2:45 pm — Reply

    […] 2.Rajin Memberus Gigi […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *