ModeStail

7 Jenis Kain Cotton Terbaik

Kain Cotton - women online magazine

Kredit Foto: imaginegnatsamazonawsthermalblindetsystaticsewboxcn-fabricseliizetwo,

Kain cotton bermaksud kain yang diperbuat daripada bahan kapas yang didapati dari pokok kapas sendiri. Kain cotton merupakan kain yang paling bagus di antara pelbagai jenis kain yang lain.

Jom ketahui kelebihan kain cotton serta beberapa jenis kain cotton yang lain di WOM.my. Kain cotton merupakan fabrik yang diperbuat 100% cotton asli tanpa campuran bahan lain seperti polyster, viscose, vatin dan sebagainya.

Kandungan cotton yang padat memberikan keselesaan yang baik. Penggunaan kain cotton ini juga akan memberi pengudaraan yang baik kepada si pemakai. Semestinya ia sesuai untuk semua peringkat usia.

Kaedah menenun kain cotton juga adalah begitu baik dengan tenunan benang 40 x 40 melintang dan menegak. Ciri-ciri kain cotton, tidak terlalu jarang dan tidak terlalu nipis. Hal ini sekaligus membantu si pemakai tampil dengan lebih yakin untuk menggayakan pakaian daripada cotton ini berbanding kain jenis lain.

Selain itu, kain cotton ini lembut dan tidak kasar pada permukaanya memudahkan ia untuk dibasuh dan digosok. Walaupun begitu, kain cotton tidak berkanji dan tidak mengecut selepas dicuci. Harga yang mampu milik menjadikan kain cotton ini sangat popular di tanahair. Pelbagai corak yang boleh dipilih untuk disesuaikan dengan citarasa anda.

 

Baca Juga: Jubah Cotton

 

Jenis-Jenis Kain Cotton

Kain Cotton - women online magazine 1

1. Japanese Cotton

Kain cotton jenis Japanese ini mempunyai bilangan benang yang cukup padat. Kelebihan kain cotton jenis ini adalah ia tidak berbulu setelah dibasuh berkali-kali. Material kain cotton jenis ini tidak berkilat dan mempunyai ketebalan kain yang sederhana, pastinya tidak akan membuatkan anda berasa panas. Disebabkan kain cotton jenis ini tidak jarang, jadi anda tidak perlu meletakkan lining pada bahagian dalam kain. Pakaian yang sesuai menggunakan kain cotton jenis ini ialah baju kurung, jubah dan sebagainya. Orang dewasa serta kanak-kanak amat sesuai memakai kain cotton jenis ini.

 

2. English Cotton

Sama juga seperti kain cotton Japanese, ia mempunyai bilangan benang yang padat dan tidak berbulu selepas dibasuh berkali-kali. Ciri-cirinya yang lembut walaupun mempunyai ketebalan kain yang sederhana membuatkan kain cotton jenis English ini popular di kalangan orang lelaki juga. Apa yang membezakan kain cotton Japanese dan kain cotton English ialah coraknya yang masing-masing mempunyai imej tersendiri.

 

3. Sateen Cotton

Sedikit berbeza dari English cotton dan Japanese Cotton di mana material kain cotton ini adalah sedikit berkilat di bahagian luar tetapi masih mempunyai bilangan benang yang padat. Ia memberikan efek kain satin biasa namun, ia masih sama seperti kain cotton. Kain cotton jenis ini sangat sesuai untuk pakaian seperti baju kurung moden serta baju kurung Pahang.

 

4. Paris Cotton atau Cotton Voile

Bagi Paris Cotton pula, ia mempunyai bilangan benang yang lebih sedikit berbanding Japenese dan English Cotton. Pemakaian lining adalah digalakkan bagi jenis kain cotton ini jika kain cotton tersebut berwarna cerah.

 

Kain Cotton - women online magazine 2

5. Lawn Cotton

Kain cotton Lawn adalah sangat lembut dan ringan apabila dipakai dan memerlukan lining pada bahagian dalam. Ini adalah disebabkan oleh bilangan benangnya yang kurang padat.

Material kain cotton ini tidak berkilat dan sesuai untuk dibuat berbagai jenis baju kurung untuk orang dewasa malah kanak-kanak juga. Namun begitu, kain cotton ini perlu direndam dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum dijahit keran ia berkemungkinan mengalami pengecutan pada basuhan pertama.

 

Baca Juga: Tudung Chiffon

 

6. Cotton Linen

Kriteria kain cotton ini sangat sejuk dan lembut apabila dipakai seakan-akan English cotton. Ia juga mempunyai bilangan benang yang padat tetapi tidak sekeras seperti jenis kain cotton yang lain. Baju kebaya atau maxi adalah cadangan pakaian yang sangat sesuai dengan penggunaan kain cotton ini.

 

7. Viscose

Kain cotton viscose adalah seakan-akan sama dengan English cotton kerana ia mempunyai bilangan benang yang padat serta tidak berbulu selepas dibasuh. Ia perlu dicuci terlebih dahulu sebelum dijahit kerana mungkin akan mengalami pengecutan sama seperti kain cotton Lawn.

 

Tips Untuk Menjaga Kain Cotton

  • Anda dinasihatkan untuk membasuh dahulu kain cotton tersebut sebelum dijahit.
  • Cuci kain cotton menggunakan cucian tangan.
  • Jemur kain cotton di tempat yang redup.
  • Mengibas kain cotton sebelum disidai adalah cara yang bagus untuk mengelak kain cotton tersebut menjadi kedut.
  • Elakkan daripada menggunakan sabun yang mempunyai bahan peluntur ketika mencuci kain cotton.
  • Ketika menggosok kain cotton tersebut pastikan anda menggunakan suhu setrika yang sederhana.

 

Baca Juga: Selendang Half Moon

 

Kesimpulan

Ada yang mengatakan bahawa English Cotton mahupun Japanese Cotton hanyalah nama bagi fabrik itu sahaja. Ia diambil sempena tempat asal fabrik ataupun corak pada kain cotton tersebut.Kesemua jenis kain cotton mempunyai gred dan kualitinya yang tersendiri. Jadi, anda perlulah bijak memilih supaya anda berpuas hati ketika memakainya.

 

<< Ketahui tips memilih dress labuh yang sesuai dengan diri anda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Antara Khasiat Halia, Ubat Kuat Seks!

Next post

Atasi Masalah Payudara Kendur Dengan 3 Senaman Mudah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *