ModeStail

Wanita Muslimah Lebih Bergaya Dengan 5 Jenis Skirt Kembang

skirt kembang - women online magazine

Kredit Foto: alibaba

Skirt Kembang. Kini pemakaian skirt, samada pendek atau labuh, kembang  dan sebagainya tidak terhad pada peringkat umur lagi.Pemakaiannya lebih terbuka dan ia bergantung kepada citarasa dan kehendak seseorang.

WOM.my ingin berkongsi dengan anda tentang fesyen skirt kembang yang kian popular di kalangan wanita Muslimah.

Jom semak jenis-jenis skirt kembang yang mendapat sambutan itu.

1. Skirt Kembang Cotton

Potongan skirt kembang kebiasaannya menggunakan lebar kain yang sangat luas. Jadi skirt kembang cotton kelihatan sangat kembang seolah-olah skirt gaun. Ia boleh dipadankan dengan apa jua pakaian tak kira baju-T ataupun kemeja. Skirt kembang cotton mempunyai pelbagai pilihan warna serta kadangkala ia diselitkan juga dengan perincian lain seperti ‘lace’, butang ataupun kedutan.

 

Baca Juga: Kain Cotton

 

2. Skirt Kembang Lycra

Fabrik lycra mempunyai tekstur yang licin dan sejuk. Pakaian yang menggunakan fabrik ini akan kelihatan lebih terletak kerana ia melekat pada badan serta jatuhannya yang berat akan menampakkan seolah-olah pakaian tersebut ‘flairy’.Sama juga seperti skirt kembang lycra yang mempunyai jatuhan yang cukup cantik tatkala ia digayakan bersama baju yang sesuai.

Anda boleh menggayakan skirt lycra bersama baju yang labuh paras lutut atau bersama baju-T yang mengikut potongan badan. Tetapi awas, bagi anda yang mempunyai saiz badan yang sedikit besar, anda harus bijak bermain dengan warna ketika menggayakan skirt kembang jenis ini.

 

3. Skirt Kembang Kain Net

Selain daripada skirt kembang yang meggunakan fabrik menyerap peluh, terdapat juga jenis skirt kembang yang tidak menyerap peluh. Kain net ini adalah sangat jarang sekan-akan berlubang-lubang.

Jadi, pemakaian skirt kembang jenis ini perlu disertakan bersama ‘lining’ yang sama warna dengan kain net tersebut. Pemakaian skirt kembang jenis kain net ini lebih cantik jika dipadankan dengan kasut bertumit tinggi kerana material yang digunakan ini kelihatan sangat mewah.

 

4. Skirt Kembang Satin

Fabrik satin mempunyai jenis kain yang kelihatan berkilat, ‘shiny’. Anda perlu bijak memilih warna bagi pemakian skirt kembang satin ini kerana ada sesetengah warna kain satin kelihatan murah berbeza dengan warna-warna sepert ‘silver grey’ ataupun hitam.

Warna- warna ini mempunyai nilai mewah disebabkan oleh sinaran yang dimiliki. Namun, anda perlu berhati-hati ketika menggosoknya, gunakan tahap kepanasan sterika yang rendah kerana material jenis ini mudah terbakar.

 

Baca Juga: Tudung Satin

 

5. Skirt Kembang Bercorak

Penggunaan fabrik chiffon tidak hanya terhad kepada penggunaan shawl sahaja. Kini skirt kembang bercorak yang menggunakan fabrik ini mendapat sambutan yang hangat terutama di kalangan remaja. Ia menampakkan unsur-unsur keayuan serta kewanitaan yang sangat tinggi. Skirt kembang bercorak boleh digayakan bersama pilihan shawl polos ataupun pashmina polos. Kedua-duanya sesuai digayakan bersama skirt kembang ini.

 

Nota Kaki: Minta anda SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda supaya mereka pun boleh jadi lebih bijak dalam berpenampilan.

<< Ketahui tips pilih tudung Syria yang sesuai dengan bentuk wajah anda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cetaphil Penyelamat Kulit Bayi Sensitif

Next post

8 Cara Jimat & Tepat Urus Belanja Kahwin

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *