Petua PemakananSihat

Badam Mampu Cegah Obesiti

khasiat badam - women online magazine

Selain menjadi kudapan yang enak ketika menikmati coklat, ternyata badam menyimpan banyak khasiat.

Bagi sesetengah orang apabila mendengar kacang almond, mungkin saja nama itu seperti asing. Tetapi tahukah anda bahawa kacang almond itu adalah kacang badam?

Kacang badam merupakan kacang yang kaya dengan pelbagai nutrisi samada baik untuk kesihatan mahupun kecantikan. Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Selalunya kacang badam dicampur dalam makanan untuk menambahkan lagi kelazatan seperti di dalam aiskrim  ataupun salad.

Menariknya,kacang badam adalah kacang yang tidak menimbulkan jerawat di muka yang menjadi mimpi ngeri bagi wanita.Sebenarnya anda tidak perlu takut mengambil badam kerana walaupun badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak tidak tepu. Jom ketahui khasiat badam yang anda perlu ambil tahu.

Khasiat Badam Untuk Kesihatan

Satu kajian yang telah dilakukan di A Loma Linda School of Public Health menujukkan mereka yang memakan kacang lima kali sehari memiliki pengurangan risiko mendapat serangan jantung sebanyak 50%. Ini adalah kerana badam mengandungi asid folik yang dipercayai dapat menurunkan paras homocystein yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi.

Kajian menunjukkan badam dapat membantu untuk mereka yang menghadapi masalah obesiti atau mereka yang ingin tampil langsing. Asid lemak tidak tepu yang terdapat dalam badam mampu membantu mengurangkan selera dan mencegah makan berlebihan.  Zat yang terkandung dalam badam bukan sahaja mampu menyekat selera, tetapi juga akan memberikan anda tenaga.

  • Menguatkan Memori

Badam adalah sumber zat yang dikatakan membantu dalam perkembangan otak. Sebab itulah,beribu-ribu tahun dahulu,ia telah digunakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan dan juga  India, untuk tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, hadis dan juga pelbagai ilmu. Jadi, anda disarankan memberikan badam sebagai makanan wajib buat anak-anak anda yang sedang membesar.

  • Membantu Menghalang Osteoporosis

Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis kerana kira-kira 25-30 biji badam mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Seperti kita tahu,kalsium sangat diperlukan untuk menghalang osteoporosis. Malah, kalsium yang ditemui dalam badam juga boleh merendahkan risiko kanser kolon dan tektum.

  • Menghalang Batu Karang

Terdapat kajian yang mendapati sekiranya wanita yang memakan sekurang-kurangnya 30gm badam atau mentega kacang badam dalam seminggu dapat mengalami penurunan 25% risiko batu karang.

Sekiranya tekanan darah seseorang itu turun,ia akan menyebabkan seseorang itu menjadi stress. Oleh itu vitamin dan mineral yang terdapat pada almond bermanfaat untuk melancarkan peredaran darah sekaligus mencegah stress terjadi.

Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat sangat penting bagi wanita hamil. Folate dapat membantu mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.

 

Khasiat Badam Untuk Kecantikan

Selain dimakan, badam yang telah diekstrak minyaknya, dapat membantu melegakan sakit dan lenguh otot, mampu memperbaiki kecerahan kulit, membuatkan wajah muda berseri dan mengurangkan lingkaran gelap jika digosokkan di kulit. Manakala,dalam rawatan terapi wangian(aromaterapi),minyak badam berperanan sebagai memainkan pelindung kepada kulit daripada terbakar. Ia dikatakan amat baik untuk kesihatan kulit.

Kredit foto: grapplergourmet

<< Ketahui cara menurunkan berat badan dengan khasiat beras perang di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ceriakan Hari Anda Dengan Flip & Sandal Crocs

Next post

Kulit Kembali Lembab & Tidak Kering Dengan Vaseline

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *