ProblemSihat

8 Tanda-Tanda Penyakit Jantung

Tanda-tanda penyakit jantung - women online magazine

Kredit Foto: ytimg

Tanda-Tanda Penyakit Jantung. Penyakit jantung seakan menjadi penyakit yang biasa dihidapi masyarakat kita.

Penyakit jantung adalah pembunuh utama di Malaysia selain kencing manis dan tekanan darah tinggi.Jantung merupakan organ yang istimewa dan sangat penting untuk kehidupan kita kerana,ia berfungsi untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh badan.

Jantung yang sihat membolehkan kita hidup bergembira, aktif dan ceria. Jika kita memiliki jantung yang tidak sihat maka kesemua nikmat kehidupan ini akan hilang serta merta. Sebelum ia menjadi semakin parah, ada baiknya kita kenali tanda-tanda awal penyakit ini untuk melakukan pencegahan dan persediaan awal.

  • Apa itu Penyakit Jantung?

Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam,kemudian menjalar ke arah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.

Sebenarnya rasa sakit ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya,sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian,sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan “serangan sakit jantung”.

1. Kerap Sakit Dada

Sakit dada merupakan simptom yang paling kerap berlaku kepada pesakit. Pesakit akan mengadu sakit di bahagian dada sama ada ditengah atau di sebelah kiri. Ia berlaku disebabkan sel-sel jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana kurangnya aliran darah ke otot-otot jantung.

Selalunya jika sakit tersebut tidak serius, ia cuma mengambil masa yang singkat untuk lega. Sama ada 5 minit hingga 10 minit. Tetapi sekiranya sakit tersebut serius ia boleh mengambil masa lebih dari 20 minit. Sakit dada juga boleh berlaku semasa melakukan aktiviti mahupun berehat. Sekiranya sakit tersebut berlaku semasa melakukan kerja-kerja berat, penyakit tersebut tidak seteruk apabila pesakit mengadu ketika rehat.

 

2. Selalu Sukar Bernafas

Kesukaran ini biasa terjadi ketika tidur atau hanya sekadar berbaring malah pesakit akan sering mengalami sesak nafas terutama apabila melakukan aktiviti. Penyakit jantung boleh menjadi semakin serius sekiranya anda mudah mengalami sesak nafas walaupun melakukan kerja-kerja ringan seperti menaiki tangga atau pergi tandas.Untuk mengatasi hal tersebut, ambil nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan.

3. Kurang Selera Makan

Ia disebabkan oleh pengumpulan cairan di dalam hati atau sistem pencernaan yang menyebabkan sesiapa yang mempunyai masalah sakit jantung ini kurang selera makan.

 

4. Sering Rasa Lelah Penat

Rasa lesu dan lelah tanpa sebab ini berlaku kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

 

5. Kerap Buang Air Kecil

Kekerapan membuang air kecil juga adalah salah satu tanda sakit jantung. Hal ini kerana disebabkan cairan yang terkumpul pada ginjal melalui aliran darah pada siang hari. Untuk menghindari hal ini, anda digalakkan mengawal pengambilan air pada waktu malam hari.

 

Baca Juga: Sakit Ketika Kencing

 

6. Bengkak Kaki 

Bengkak kaki sering berlaku kepada pesakit yang mengalami kegagalan jantung berfungsi. Kaki akan menjadi bengkak dan berat dan jika anda tekan pada bahagian buku lali, anda dapat lihat bentuk jari anda hasil tekanan tersebut.

 

7.Mudah berpeluh

Tanda ini sering berlaku pada waktu malam ketika tidur sehinggakan terpaksa menukar pakaian berkali-kali. Malah ia juga boleh berlaku tidak kira waktu.

 

8.Sering berdebar-debar

Sering berdebar bukan perkara yang biasa berlaku kepada semua pesakit jantung. Sesetengah pesakit mempunyai masalah berdebar dan setengah pesakit tidak mengalaminya. Mungkin ada pesakit yang mengadu sakit ketika berjalan dan penyakit jantung juga boleh menyebabkan pesakit pengsan disebabkan oksigen tidak dapat sampai ke otak.

 

  • Faktor Penyebab Penyakit Jantung

Asap Rokok

Asap rokok akan mempercepatkan pembekuan darah sekaligus menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah dan mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.

  • Tekanan Perasaan

Apabila seseorang mengalami tekanan perasaan,degup jantungnya akan meningkat malah tekanan darahnya juga meningkat.

Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya kepada anda. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi dan daging berlemak.

  • Kurang bersenam

Senaman sangat penting untuk menguatkan jantung kerana ia penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung.

  • Darah Tinggi

Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah kerana jantung “terpaksa” mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar peluang serangan sakit jantung.     

  • Kencing Manis

Pesakit kencing manis mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mendapat serangan sakit jantung

Baca Juga: Punca Kencing Manis

 

  • 10 Tips Untuk Mendapat Jantung Yang Sihat

Terdapat banyak cara untuk mengurangkan risiko anda mendapatkan penyakit jantung:

1. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali

Senaman merupakan cara paling mudah untuk kita memiliki jantung yang sihat. Dengan hanya berjalan selama 30 minit sehari kita boleh memiliki jantung yang sihat. Selain itu,aktiviti lain boleh juga di amalkan seperti berjoging, berenang, berbasikal dan bersukan. Bagi suri rumah pula,berkebun atau melakukan kerja-kerja rumah dapat menyihatkan jantung anda.

Senaman dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung kerana: 

  • Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda
  • Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung
  • Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung penyakit jantung yang dikenali sebagai ‘kolesterol berketumpatan tinggi’ (HDL)
  • Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang berlebihan
  • Ia mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi
  • Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan
  • Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.

 

2. Makan secara teratur dan seimbang

 

3. Kekalkan berat badan unggul

 

4. Tidak merokok

 

5. Menangani tekanan perasaan

 

6. Mengawal tekanan darah

 

7. Mengawal paras gula (glukosa) dalam darah

 

8. Mengawasi paras kolesterol

 

9. Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

 

10. Mengutamakan kesihatan jantung anda pada setiap masa.

 

Betapa berharganya nilai organ jantung ini untuk kelangsungan hidup, maka segeralah perbaiki gaya hidup anda agar tetap sihat. Sayangi Jantung Anda.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya

<< Ketahui penyebab ada mudah rasa pitam dan kerap pening-pening di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Kebaikan Sayur Salad Yang Boleh Buat Anda Kurus

Next post

10 Cara Putihkan Ketiak Hitam Paling Berkesan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *