Petua PemakananSihat

Turunkan Berat Badan Dengan Beras Perang

beras perang - women online magazine

Jika anda sedang berdiet, elok pilih beras perang daripada beras putih.

Beras perang mampu memberikan anda energi yang berganda sekaligus buat anda cepat kenyang ketika menjamahnya. Anda juga akan kenyang lebih lama. Beras perang adalah beras yang tidak dikisar atau separuh dikisar.Beras perang merupakan sejenis biji-bijian semula jadi yang lengkap. Rasanya seperti berkacang dan lebih kenyal serta berkhasiat daripada beras putih.

Beras perang kini adalah lebih mahal berbanding beras putih. Namun, ramai yang tak tahu perbezaan antara beras putih dan beras perang. Beras perang adalah lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan berbanding beras putih yang biasa dimakan.

Jika dilihat dari segi luaran, beras perang kelihatan sama dengan beras putih tetapi apa yang membezakan adalah beras perang tidak dibuang selaput kulit yang meliputi beras tersebut.

Beras perang dan beras putih mempunyai jumlah kalori, karbohidrat dan protein yang seakan-akan sama. Perbezaan utama diantara kedua-dua beras ini bergantung kepada cara pemprosesan dan kandungan zat.

Hanya lapisan luar benih beras dialihkan dan menghasilkan beras perang. Untuk menghasilkan beras putih, lapisan berikutnya (sekam dan germ) akan dialihkan dan meninggalkan endosperm yang berkanji. Beberapa vitamin dan dietary minerals hilang dalam pengalihan ini dan juga dari proses pengilatan. Sebahagian dari zat makanan yang hilang ini ialah seperti vitamin B1, Vitamin B3 dan besi.Oleh sebab itu, ramai di antara kita lebih menggemari beras putih kerana ia lembut dan cepat dimasak berbanding beras perang yang agak keras.

Kelebihan beras perang

Oleh yang demikian, beras perang sangat baik dimakan oleh individu yang mengamalkan diet rendah kalori. Setiap satu cawan beras perang boleh menyediakan 88% magnesium yang diperlukan oleh tubuh.Mineral ini penting untuk kesihatan sisitem saraf, mengawal paras kolestrol badan selain ia dapat menghasilkan hormon seks.

Foto: sekadar gambar hiasan

<< Ketahui 9 jenis makanan yang boleh memperbanyakkan air susu ibu. Baca di sini.

 

 

 

 

 

 

Cara memasak beras perang

Untuk mendapatkan nasi dari beras perang yang enak tanpa mengurangkan kandungan khasiatnya, ikuti cara memasak beras perang ini.

Memasak beras perang memerlukan waktu yang lama berbanding beras putih dan ia juga memerlukan penggunaan air yang banyak. Nasi dari beras perang boleh menjadi mentah jika dimasak dalam waktu yang singkat.

Sebaiknya, jangan gunakan rice cooker untuk memasak beras perang kerana nasi dari beras perang akan menjadi kurang masak. Gunalah cara tradisional untuk memasak nasi dari beras perang ini.

 

  • Untuk mendapatkan nasi yang lembut, sebaiknya beras perang direndam dahulu selama setengah jam setelah dicuci bersih.

 

  • Ketika menanak nasi dari beras perang ini, gunakan air yang banyak berbanding nasi dari beras putih.

 

  • Setelah nasi yang dimasak sudah kering airnya, itu bermaksud beras perang tadi telah separuh masak.

 

  • Kemudian, kukus semula nasi tadi supaya ianya lebih lembut. Ingat, panaskan dahulu air sebelum mengukus nasi tadi.

 

  • Jangan menutup nasi terlalu lama setelah masak kerana ia boleh membuatkan nasi bertambah lembik.

 

  • Jangan menggunakan api yang terlalu kuat kerana air akan cepat kering sebelum nasi tadi sempat masak.

Selamat mencuba!

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Sejuta Kebaikan Vitamin B Complex

Next post

6 Cara Berkesan Basmi Anai-Anai

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *